• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Berputih Mata BB1M Bernilai RM30,000 Dilarikan ‘Achong’

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam berputih mata apabila Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM30,000 yang ingin ditukarkan kepada wang tunai dilarikan seorang lelaki bernama ‘Achong’ dalam kejadian 2 April lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata mangsa yang berusia 22 tahun membuat laporan polis sejurus menyedari dia ditipu.

Kes melibatkan BB1M itu merupakan yang pertama dilaporkan di daerah ini.

“Penuntut lelaki ini menjadi orang tengah antara rakan-rakan yang berhasrat untuk menukar baucar buku diberi kepada mereka kepada wang tunai.

“Mangsa bertemu dengan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Achong’ di satu lokasi di Shah Alam pada 12.30 tengah hari, kononnya mendakwa sanggup membeli baucar tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen derma darah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini Rabu.

Beliau berkata ketika urusan jual beli, penuntut berkenaan didatangi dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan cuba menahannya berikutan mangsa dikatakan menyalah guna baucar berkenaan.

Katanya dua lelaki terbabit yang memakai baju putih berlogo polis kemudian menunjukkan sepasang gari kepada mangsa sebelum ‘Achong’ bertindak melarikan diri.

“Bertindak atas maklumat daripada mangsa, polis berjaya menjejaki tujuh lelaki berumur lingkungan 17 hingga 40 tahun di beberapa lokasi sekitar Shah Alam pada 4 April lepas,” katanya.

Shafien berkata penahanan kesemua suspek itu turut membawa kepada penemuan dua helai baju putih berlogo polis dan gari yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Suspek-suspek ini mempunyai kaitan dengan lelaki bernama ‘Achong’ yang kini masih belum dapat diberkas. Siasatan turut menunjukkan kumpulan ini menyasarkan individu yang memiliki baucar buku tersebut termasuk pelajar sebelum memperdayakan mangsa supaya menjual baucar berkenaan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 170 dan 384 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, akibat tidak puas hati kerana dipecat, seorang bekas pekerja sebuah kedai serbaneka di Kota Kemuning di sini, bertindak menyamun premis berkenaan sebelum diberkas polis di sebuah rumah di Kampung Johan Setia, Klang dekat sini, petang semalam.

Shafien berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan kira-kira 1.30 tengah hari, lima jam selepas kejadian.

“Penolong pengurus (mangsa) membuat laporan polis selepas kedai itu disamun kira-kira 8.30 pagi oleh seorang lelaki bertopeng dan memakai topi keledar hitam.

“Suspek dilaporkan mengugut mangsa dengan sebilah parang supaya mangsa menyerahkan wang tunai yang disimpan di dalam bilik khas selain suspek turut merampas beberapa kotak rokok sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata susulan penahanan suspek, polis turut menemui wang tunai berjumlah RM7,000 serta beberapa kotak rokok pelbagai jenama dipercayai hasil kegiatan samun, dan merampas sejumlah barang kemas bernilai kira-kira RM3,000 yang baru dibeli suspek menggunakan wang samun berkenaan.

“Suspek dipecat sejak dua bulan lepas dan akibat tidak puas hati dengan bekas majikan, dia merancang untuk melakukan samun terhadap premis ini.

“Polis turut dimaklumkan, suspek tahu selok belok kawasan premis termasuk lokasi bilik khas di mana wang hasil jualan kedai itu disimpan,” katanya bahawa suspek kini ditahan untuk siasatan. – BERNAMA

Tags: BB1M
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tindakan Kumpulan Pelampau Agama Tidak Cermin Islam

Next Post

Sesi Pembugaran Emosi Murid SK Dato’ Hashim 1 Pulihkan Semangat

Related Posts

Boleh Mohon Baucar Buku 1Malaysia Mulai Hari Ini

21/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia...

Pegawai Kementerian Pendidikan Menyamar Pantau BB1M

05/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)...

Next Post

Sesi Pembugaran Emosi Murid SK Dato' Hashim 1 Pulihkan Semangat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd