• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran Anggota Palapes Sertai Pasukan Keselamatan

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar setiap anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) menyertai pasukan keselamatan kerana mereka pernah dilatih sebagai pegawai berwibawa semasa di universiti.

Baginda bertitah, mereka juga perlulah komited terhadap peranan, tugas serta tanggungjawab masing-masing sebagai seorang pegawai apabila menjadi sebahagian daripada anggota beruniform kelak.

“Berusahalah memberi informasi terkini dan tepat, mempelawa dan menjemput orang ramai untuk turut sama menyertai pasukan keselamatan ini.

“Berperananlah sebagai ‘promoter’ kepada pasukan keselamatan dan memberi penjelasan serta gambaran positif terhadap organisasi ini, serta ikutilah kesemua latihan asas, lanjutan dan hadirilah kursus-kursus berkaitan yang ditawarkan dalam profesion ini,” titah baginda di sini malam tadi.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah pada Majlis Santapan Malam Rejimental sempena Pentauliahan Diraja Ke-7 Pegawai Kadet Palapes dan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) UniMAP, di sini.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil; Naib Canselor yang juga Komandan Palapes UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Asisten Panglima, Bahagian Simpanan Tentera Darat Mejar Jen Datuk Zulkifli Mansor.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah, setiap pegawai juga mestilah bersikap profesional dan bertaraf kelas pertama dalam semua aspek keselamatan.

“Mereka seharusnya mempunyai serta memiliki ciri-ciri asas seperti keberanian, kesetiaan, disiplin dan kesabaran, kecergasan dan daya tahan serta kehormatan diri yang tinggi.

“Sebagai seorang pegawai, sentiasalah menjadi teladan kepada semua anggota pasukan di bawah anda. Milikilah semangat memimpin melalui teladan dan jadilah sebagai idola terhadap anggota bawahan agar mereka juga akan melaksanakan kewajipan secara selamat, bertanggungjawab, cekap dan terlatih,” titah baginda.

Baginda bertitah, anggota keselamatan juga hendaklah sentiasa benar-benar berwibawa, berdedikasi, komited, amanah dan berdisiplin tinggi seiring dengan ikrar kesatria yang perlu disemat dalam sanubari setiap anggota.

Pada tahun ini sebanyak 115 Pegawai Muda Tentera Darat daripada kalangan pelajar UniMAP ditauliahkan manakala 49 lagi ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarela Suksis Polis Diraja Malaysia. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd