• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Perkenal Modul Pencegahan Rasuah Di IPT

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memperkenalkan modul pencegahan rasuah kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata langkah itu merupakan usaha jangka panjang SPRM mengekang jenayah rasuah dengan penglibatan masyarakat dari semua peringkat.

“Modul berkaitan pencegahan rasuah ada diajar kepada pelajar Tingkatan Enam menerusi kertas Pengajian Am, namun di peringkat IPT sama ada universiti awam atau institusi pengajian swasta, masih belum mempunyai modul itu.

“Sehubungan itu, SPRM berharap ia dapat dijadikan modul pembelajaran terutama kepada pelajar tahun akhir yang bakal memasuki bidang pekerjaan supaya mempunyai mentaliti bersih rasuah, bekerja tanpa rasuah dan menjadi juara pencegahan rasuah,” katanya.

Mustafar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Kerjasama Strategik SPRM dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Rumah Tamu Seri Gelora di sini, hari ini.

Program itu, yang bermula Ahad lepas, dirasmikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan turut dihadiri Yang Dipertua MPK Datuk Fadzilla Salleh.

Mustafar juga optimis gerak kerja untuk mewujudkan modul itu dapat dilakukan secepat mungkin termasuk hal berkaitan persediaan tenaga pengajar sebelum modul itu dilaksanakan di IPT.

Beliau berkata SPRM menekankan konsep 5K dalam usaha pencegahan rasuah iaitu Kefahaman, Kesedaran, Keinsafan, Keikhlasan dan Keberhasilan yang perlu diterapkan di dalam diri setiap individu sejak awal lagi.

“Kefahaman yang baik tentang rasuah akan menyebabkan timbul kesedarannya supaya mereka tidak menyimpang daripada prosedur yang ditetapkan semasa melakukan tugas, sama ada penjawat awam atau sektor swasta.

“Keinsafan melibatkan kesan yang akan berlaku kepada diri, keluarga dan negara jika tidak bersama-sama mencegah jenayah rasuah yang dapat melahirkan keikhlasan dalam diri.

“Jika 5K ini dapat dilakukan, ia akan menimbulkan keberhasilan, bermaksud impak dan kejayaan yang kita mahu perolehi iaitu negara bebas rasuah dan mempunyai tadbir urus yang terbaik,” katanya.

Mustafar berkata usaha membanteras rasuah dan merakyatkan SPRM juga diperhebatkan menerusi penstriman radio MACC.FM bagi memberi maklumat, fakta dan penjelasan berhubung badan bebas itu.

MACC.FM bersiaran 24 jam sejak dilancarkan pada 9 Dis lepas. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd