• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Ulama PAS Pusat 1974 Haruskan PAS Sertai BN

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS pernah membuat kajian terperinci mengenai Perlembagaan Barisan Nasional (BN) berdasarkan hukum Islam pada tahun 1974.

Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, kajian itu untuk PAS membuat keputusan membentuk pakatan politik dengan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1974.

“Pada 26 Januari 1974, PAS telah memutuskan supaya Jawatankuasa Politik dan Ekonomi PAS Pusat membuat kajian terperinci tentang Perlembagaan BN dan juga kemungkinan penyertaan PAS dalam BN, manakala Dewan Ulamak PAS Pusat pula membuat kajian hukum.

“Kedua-dua badan ini kemudiannya telah memberikan laporan positif tentang hal BN ini. Pada 7 Mac 1974, Jawatankuasa Kerja Agung PAS bersetuju menyertai BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu artikel bertajuk Hari Ini Dalam Sejarah PAS yang disiarkan di laman web rasmi parti itu hari ini.

Mohd. Fadli berkata, Dewan Ulama PAS Pusat mengharuskan penyertaan PAS dalam BN atas asas kebolehan PAS mempertahankan jati diri parti itu.

“Perhimpunan raksasa pada 20 April 1974 diadakan (di Temerloh, Pahang) bersama oleh PAS dan UMNO di mana pemimpin tertinggi kedua-dua parti (Yang Dipertua Agung PAS, Dato’ Mohd. Asri Muda dan Presiden UMNO, Tun Abdul Razak Hussein telah menyampaikan ucapan sekali gus menyatakan tujuan pembentukan BN kepada rakyat khususnya orang Melayu.

“Selepas ceramah ini, satu ceramah serupa diadakan di kubu PAS, Kota Bharu pada 9 Mei 1974 yang dihadiri oleh lebih 80,000 orang pendengar. Hasil dari maklum balas positif rakyat terhadap kerjasama politik ini,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd