• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuri Bodoh Tinggal Tapak Kasut Mudah Polis Kesan

oleh
20/04/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Anggota polis di bandar Easington Colliery, England dengan mudah dapat menyelesaikan satu kes kecurian yang terjadi di sebuah kedai barangan ‘second hand’ atau produk terpakai hanya dalam masa 30 minit.

Menurut laporan portal tempatan UPI.com pada 20 April, pihak polis tempatan cuma menyusuri jejak tapak kasut berwarna putih di dalam kedai itu sekali gus membawa penyiasat terus ke tempat tinggal si pencuri tersebut.

Petugas polis dari The Durham Constabulary menyatakan bahawa, pasukan penyiasat pada mulanya datang ke lokasi kecurian tersebut setelah menerima laporan mengenai insiden jenayah dari penyelia premis perniagaan itu.

Tidak memerlukan waktu begitu lama, mereka langsung mengetahui siapakah si pelaku dan semuanya susulan kesalahan si pencuri sendiri yang kebetulan menumpahkan cat putih di dalam kedai ketika menjarah barangan.

tapak2

Tumpahan cat itu yang kemudian diinjak kasut suspek, langsung meninggalkan bekas tapak kaki di jalanan. Pihak polis pun hanya menyusuri jejak-jejak tersebut sebelum tiba di depan rumah suspek iaitu Andrew Mark Connor.

Tanpa banyak soal, pemuda berusia 27 tahun itu pun lalu terbukti sebagai pelakunya sebab di bahagian belakang rumah tersebut ditemui kasut dengan tapak cat putih dan barangan yang dia ambil di dalam premis berkenaan.

Polis tempatan menyatakan bahawa Connor berjaya ditahan hanya berselang 30 minit sejurus laporan kes kecurian itu dimaklumkan oleh penyelia kedai dan insiden lucu tersebut dilaporkan berlaku pada pagi Ahad lalu.

“Sejumlah tindakan kekerasan dalam rompakan biasanya memiliki tentangan untuk diselesaikan, namun dalam kes ini, suspek yang membantu kami dengan memberikan petunjuk unik,” kata Detektif Darren Cresswell.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Englandpolistapak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd