• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Saran Kerajaan Hadkan Jumlah Kenderaan Di Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jumlah kenderaan di atas jalan raya ini perlu dikurangkan memandangkan jumlah kemalangan meningkat,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut beliau, langkah itu dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dengan lebih baik berbanding melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan mengurangkan jumlah kenderaan aktif di atas jalan raya dan mengurangkan kesesakan kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa khususnya pada waktu puncak.

“Jumlah kenderaan di atas jalan raya perlu dikurangkan memandangkan jumlah kemalangan meningkat seiringan dengan peningkatan kadar bilangan kenderaan aktif di atas jalan raya berbanding jumlah populasi.

“Sebagai contoh, pada 2009, kadar kenderaan aktif berbanding jumlah populasi ialah 50.4 dan jumlah kemalangan ialah 397,330 kes. Manakala pada 2013, kadar kenderaan aktif berbanding jumlah populasi meningkat kepada 58.0 dan jumlah kemalangan pula meningkat kepada 477,204 kes,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran statistik jumlah kemalangan jalan raya mencecah sehingga 489,606 kes dengan 6,706 kematian pada tahun 2015.

Nik Mohamad Abduh berkata, DPPM tidak bersetuju dengan pelaksanaan AES dengan tambahan pemasangan sebanyak 1,200 lagi kamera di seluruh negara kerana ia tidak akan dapat mendidik masyarakat sebaliknya akan “menjerat” pengguna jalan raya dengan kesalahan trafik.

Beliau bagaimanapun menyatakan sokongan ke atas langkah kerajaan melaksanakan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan membuat penilaian ke atas keselamatan jalan raya dan penyiasatan kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2).

“Keberkesanan dan kebolehcapaian pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam termasuk isu kos tinggi yang perlu ditanggung oleh pengguna juga mesti diberikan perhatian serius oleh kerajaan.

“Sekiranya isu perkhidmatan pengangkutan awam ini dapat diselesaikan dan ditambahbaik, ia pasti menjadi salah satu langkah yang sangat berkesan untuk mengurangkan kesesakan di atas jalan raya justeru mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Nik Abduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya jauh lebih banyak...

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd