• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Kantoi Sudah, Anggota Polis Paw Pelajar Sekolah

oleh AK-47
19/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video amatur aksi dua anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meminta ‘duit kopi’ daripada seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah, mula menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu memaparkan kejadian di kawasan berjalan kaki yang tidak diketahui lokasi tepatnya namun ia dikatakan berlaku di ibu negara.

Menerusi rakaman, mangsa yang berbaju putih itu pada mulanya disoal siasat oleh dua anggota PDRM terbabit yang kemudiannya meminta mangsa untuk mengeluarkan dompet dengan alasan ingin melakukan pemeriksaan.

Setelah menyelongkar dompet mangsa, anggota polis yang sedikit berisi itu dilihat terus meletakkan dompet mangsa di sisi, seoalah-olah telah berjaya melihat sejumlah wang di dalamnya.

Di sinilah tercalarnya imej PDRM, cuba anda perhatikan di minit 1.45, anggota terbabit dilihat dengan cepat-cepat mengambil wang yang dikeluarkan dari dompet mangsa yang kemudian segera memasukkan ke kocek kanannya.

Bimbang dilihat orang ramai yang berada di kawasan itu, anggota itu kemudian cuba melihat peranti pintar individu di hadapannya yang mana risau kegiatannya itu dirakam.

Susulan tersebarnya video ini, netizen mengecam sekeras-kerasnya tindakan penguat kuasa terbabit di mana terdapar segelintir mengakui tidak hairan dengan pendedahan itu.

“Polis selalu buat part-time cmni, kadang-kadang tahan Bangla yang penat balik kerja, duit masuk poket, belanja bini dinner restoran 3 bintang. . That’s it. Only in Malaysia. Tanah tumpahnya darahku. Sekian,” kata Syahrul Naim.

“Maaf la cakap kebanyakan anggota Pdrm makan duit rakyat dengan cara begini… Tak Malu ke bagi anak bini makan duit haram… Yang Paling Sedih 5 ringgit pun dia sebat jugak.. Minum pagi katenye… hmmmm,” tulis Nor Saiful.

“PDRM, kalau boleh sila siasat perkara ni. Kami sebagai rakyat sangat mnghormati anda kerana menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat tak kira masa. Jangna kerana individu yang tak bertanggungjawab ini mngunakan nama polis untuk mencemarkan nama PDRM. Sekarang banyak sangat cara ‘penjenayah’ untuk mendapatkan wang mudah,” ujar Ver-Onz Hime.-MYNEWHUS.CC

Tags: kesalahanPDRMpelajarpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd