• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau Pesta Full Moon Di Pulau Perhentian

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pihak polis akan bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat bagi memantau penganjuran pesta “Full Moon Beach Party” yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian, hari ini dan esok.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata sehingga kini sebanyak lima laporan berhubung penganjuran pesta itu telah dibuat oleh beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO Besut.

“Kita pantau aktiviti sebegini dan jika benar penganjuran ini berlaku tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Pesta ‘liar’ yang didakwa akan diadakan di Long Beach, Pulau Perhentian itu dikatakan mendapat sambutan orang ramai termasuk remaja beragama Islam di pulau itu selepas penganjur membuat publisiti di dalam laman sosial Facebook dengan menawarkan pakej menarik kepada pengunjung.

Khaled dalam pada itu berkata pihaknya juga telah menjalankan risikan dan siasatan keatas beberapa buah pusat penginapan di kawasan tapak pesta.

“Setakat ini pemilik pusat penginapan tersebut tidak mengetahui penganjuran pesta tersebut…dan tidak mustahil pihak tidak bertanggungjawab sengaja menggunakan nama beberapa chalet di kawasan tersebut,” katanya.

Difahamkan sehingga kini tiada sebarang permit dipohon bagi penganjuran pesta itu daripada Majlis Daerah Besut. – BERNAMA

Tags: polisTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd