• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Akan Dipanggil Bantu Siasatan SPRM

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membantu siasatan berhubung pembelian banglo berharga RM2.8 juta dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata siasatan berhubung kes itu sedang giat dijalankan dan bahagian operasi SPRM akan menetapkan tarikh dan lokasi untuk mengambil keterangan Lim.

Beliau berkata keterangan Lim akan diambil untuk melengkapkan siasatan SPRM berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn sini tahun lepas.

“Bahagian Operasi ada perancangan mereka sendiri bila masa yang sesuai nak ambil keterangan Lim dan mereka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya di sini Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) PBA Holdings Bhd. yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jaseni Maidinsa di sini.

Terdahulu, Lim pada majlis sama berkata beliau belum dihubungi oleh SPRM untuk diambil keterangan.

“Perjumpaan kami hari ini hanya berkenaan dengan CIP dan hal-hal lain kami tidak bincang,” katanya.

Lim didakwa membeli banglo itu yang terletak di Jalan Pinhorn di George Town, Pulau Pinang pada harga di bawah nilai pasaran dan didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis.

Lim telah menafikan dakwaan itu dan SPRM memulakan siasatan sebaik menerima laporan mengenai perkara berkenaan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd