• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tekong Bot Pukat Tunda Dikhuatiri Terjatuh Laut

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang nelayan bot pukat tunda hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menunda pukat kira-kira tujuh batu nautika daripada tenggara perairan Tanjung Leman dekat Kota Tinggi pada Ahad.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata kejadian berlaku ketika mangsa Chia Swee Lui, 50, yang merupakan tekong bot tersebut dipercayai sedang mengemudi bot manakala tiga orang awak-awaknya yang berusia antara 45 hingga 55 tahun sedang tidur.

“Mangsa bersama awak-awak berkenaan sudah turun ke laut sejak Khamis lepas dan kejadian berlaku ketika bot terbabit sedang dalam perjalanan ke Pulau Sibu, Mersing.

“Menurut awak-awak tersebut, mereka menuju pulau terbabit kira-kira 11 pagi semalam sebelum tertidur dan terjaga kira-kira 2.30 petang. Menyedari kehilangan Chia, mereka kemudiannya memaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tanjung Sedili pada pukul 4.30 petang semalam,” katanya menerusi kenyataan.

Mustafa Kamal berkata gerakan mencari dan menyelamat (SAR) Chia yang berasal dari Ulu Tiram di sini diaktifkan APMM Daerah Maritim Tanjung Sedili pada pukul 5 petang semalam.

Operasi yang menggunakan bot Penggalang 43 dan bot Kilat 16 bagaimanapun operasi ditangguhkan pada pukul 7 malam ekoran jarak penglihatan yang terhad kerana cuaca gelap dan disambung semula 7 pagi tadi, katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemasNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd