• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti ‘Full Moon Beach’ Di Pulau Perhentian Kecil Dilapor

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pemuda dan Puteri UMNO Besut serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap penganjuran pesta ‘Full Moon Beach Party’ di Pulau Perhentian Kecil kerana dikhuatiri akan mengundang pelbagai perkara negatif.

Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bagi meminta pihak berkuasa menghalang penganjuran pesta itu yang dikatakan akan diadakan pada 19 dan 20 April ini.

Ketua Pemuda UMNO Besut, Azizul Jasmi Mohamed berkata pesta yang akan didakan di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil itu dikhuatiri akan mengundang pelbagai perkara negatif terutamanya golongan remaja.

“Pada kebiasaannya di parti seperti itu akan dipenuhi dengan kegiatan meminum minuman keras, pesta liar antara lelaki dan perempuan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, semalam.

Ketua Puteri UMNO Besut, Erniesalwani Saidi berkata penganjuran pesta seumpama itu tidak sesuai dengan adat dan budaya tempatan serta ajaran Islam.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata setakat hari ini tiada permohonan dibuat oleh mana-mana pihak untuk menganjurkan pesta itu.

Katanya pesta itu difahamkan akan membabitkan pelancong dari dalam dan luar negara diuar-uarkan di dalam media sosial seperti Facebook dan WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

“Kerajaan negeri akan bertindak tegas tidak akan meluluskan pesta itu diadakan sekalipun pihak penganjur membuat permohonan kepada Majlis Daerah Besut (MDB),” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Tengku Zaihan berkata beliau telah meminta pihak MDB dan Pejabat Agama Daerah Besut membuat pemantauan dan mengambil tindakan menghalang pesta itu daripada diadakan. – BERNAMA

Tags: partipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd