• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Kepung Balai Polis, 5 Anggota Ditahan Disyaki Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mengepung balai polis yang terletak di Ayer Hitam, seterusnya menahan lima anggota polis pada awal pagi semalam.

Menurut laporan, serbuan dilakukan pada jam 3 pagi dan kesemua mereka yang ditahan disyaki terbabit dalam skandal rasuah membabitkan amaun yang besar.

Ketika ditahan, kelima-lima anggota polis tersebut berada dalam balai dan tangkapan dibuat tanpa sebarang insiden kekecohan atau kerosakan berlaku.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab telah pun mengesahkan serbuan dan penahanan lima anggota polis tersebut.

Menurut Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk M Samarajoo, kesemua anggota polis berkenaan masih berada dalam tahanan untuk siasatan lanjut berhubung dengan laporan yang diterima.

Beliau dilaporkan berkata, “Bagi menjalankan siasatan lanjut, kesemua anggota polis itu ditempatkan di lokap SPRM dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka diambil.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: PDRMpolisrasuahSPRMTahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menemukan sebarang unsur salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd