• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Soal Dr Zakir Ditawarkan Bekerja Di Hospital Pakar

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMAISURI – Penuntut perubatan, Siti Hajar Rasid, 19, yang dikecam di laman sosial kerana soalan provokasi buat Dr. Zakir Naik, minggu lalu, ditawarkan menjadi doktor pelatih di hospital pakar.

Tawaran itu dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman yang mengadakan pertemuan dengan penuntut itu bersama ibu bapanya, Rasid Ngah, 60, dan Atikah Ahmad, 53, di sini, hari ini.

Ahmad Razif berkata, tawaran itu dibuat selepas melihat bakat kepimpinan yang ada pada Siti Hajar selain kekurangan doktor pakar di empat hospital pakar milik kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri juga sanggup menanggung pengajian Siti Hajar untuk menyambung pelajaran di luar negara.

“Bagaimanapun, Siti Hajar harus membuktikan dia layak dengan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” katanya selepas mengadakan pertemuan itu.

Dalam pertemuan itu, Ahmad Razif turut memberi penjelasan berhubung beberapa perkara menimbulkan kekeliruan Siti Hajar antaranya berkenaan pinjaman pengajian yang konon tidak mengikut syariat Islam.

Sementara itu, Siti Hajar berkata, dia amat berpuas hati dengan penjelasan itu dan akan memikirkan tawaran yang diterima sebelum membuat keputusan.

Dia dikecam netizen apabila bertanyakan soalan kononnya pihak kerajaan tidak begitu membantu golongan pelajar perubatan sepertinya.

Penuntut tahun satu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan, itu mengemukakan soalan itu kepada Dr. Zakir Naik ketika sesi ceramah di Gong Badak, Kuala Nerus, minggu lalu. – Harian Metro

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanZakir Naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr Zakir Naik Cetus Fenomena Luar Biasa Di Terengganu

Next Post

Seluar Dalam Lelaki Direka Untuk Bagi ‘Ia’ Bernafas

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

Next Post

Seluar Dalam Lelaki Direka Untuk Bagi 'Ia' Bernafas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd