• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Indiana Jones’ Bosnia Temui Bola Batu Raksasa Tertua Di Dunia

oleh
16/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SARAJEVO – Penyelidik arkeologi antarabangsa mengesahkan mereka telah merekodkan sebuah bola batu bersaiz raksasa misteri dijumpai dari perut bumi di sebuah hutan di Bosnia Herzegovina.

Bola keras tersebut didakwa sebagai yang paling besar pernah dibuat oleh manusia moden di benua Eropah dan tertua di dunia, dengan dianggarkan terbentuk kira-kira 1,500 tahun lalu.

Batu raksasa itu ditemui pakar arkeologi tempatan, Semir Osmanagich, yang juga diberi gelaran ‘Indiana Jones Bosnia’, menurut laporan portal International Business Times baru-baru ini.

Beliau menyatakan, bola batu itu adalah bukti sejarah lebih terperinci bahawa Eropah suatu ketika dahulu pernah memiliki peradaban maju yang sudah berjaya menggunakan teknologi inovatif.

Pada 2005, Osmanagich mendakwa, Lembah Visoko di Bosnia pernah menjadi tapak piramid kuno tersembunyi, yang dihubungkan terowong bawah tanah dan blok batu 12,000 tahun Sebelum Masihi.

Sebahagian besar dakwaannya itu telah menimbulkan skeptisme. Kebanyakan pakar arkeologi asing menyindirnya dan mendakwa Osmanagich telah melakukan suatu “fantasi yang cukup sempurna”.

semir1

Malah Anthony Harding, Presiden Persatuan Arkeologi Eropah menyatakan: “Spekulasi Osmanagich bahawa mungkin ada struktur bangunan sebelum 12,000 tahun lalu adalah fantasi yang lengkap.

Sesiapa pun yang memiliki pengetahuan dasar arkeologi atau sejarah pasti mengakui itu, ujar beliau. Ironi, bola batu raksasa ditemui Osmanagich, 55; membuktikan teori tersebut adalah hampir betul.

Dijumpai sekitar Mac lalu, 80 kilometer utara Visoko, di sebuah hutan dekat kota Zavidovi, Osmanagich mendakwa bola batu itu dianggarkan seberat 60 tan dan dipercayai “bola batu paling besar di Eropah”.

Penemuan bola-bola batu purba sebenarnya telah lama dikaitkan dengan peradaban manusia kuno dan contoh-contohnya dapat ditemui di kebanyakan tempat bersejarah ternama di seluruh dunia.

Bola batu terkenal pernah dijumpai pakar arkeologi ialah di Costa Rica, sebuah negara kecil di rantau Amerika Tengah; dengan penemuan 300 bola granit seberat keseluruhan sehingga 14 tan.

Lokasi penemuan batu itu terletak di Las Bolas, dipercayai diciptakan etnik Diquis yang sudah pupus. Osmanagich menyatakan, 80 bola batu Costa Rica diperlukan untuk menghasilkan satu bola batu di Bosnia.

semir2

Sebahagian besar bola batu Las Bogas hancur ketika tersebar khabar angin dalam kalangan penduduk setempat konon ada emas tersembunyi di dalamnya. Kini yang tinggal hanya lapan bola batu tersebut.

Bola batu di Bosnia itu sebaliknya kini mencipta rekod apabila menjadi yang terbesar. Osmanagich percaya batu tersebut adalah buatan manusia meskipun materialnya belum lagi dianalisis.

“Warna coklat dan merah pada bola batu ini menunjukkan kandungan amat tinggi daripada besi,” katanya. Hasil penemuan terbaharu itu, Osmanagich yakin, peradaban teknologi maju pernah wujud di Bosnia.

Namun, pengkritik beliau menyatakan bola itu kemungkinan besar hasil daripada proses alami antaranya Mandy Edwards dari Sekolah Sains Bumi, Atmosfera dan Lingkungan di Universiti Manchester.

Beliau mendakwa: “Bola batu ini mungkin juga terbentuk akibat proses konkrit semula jadi. Ini bererti, batuan itu dibentuk oleh pengendapan simen mineral alami dalam ruang antara butir-butir sedimen.”

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ArkeologiBosnia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tapak Relau Peleburan Besi Purba Ditemukan Di Kedah

25/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Warisan Negara (JWN) menemui satu tapak relau peleburan besi purba di Kampung Padang Chicak, Jeneri, Sik,...

Kapal Berusia 400 Tahun Ditemui Di Perairan Portugal

25/09/2018
0

CASCAIS (PORTUGAL) - Pakar arkeologi yang menjalankan pencarian di sekitar perairan Portugal menemui bangkai sebuah kapal berusia 400 tahun, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd