• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Peluk Islam Dalam Ceramah Dr. Zakir Naik

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Detik 12.05 malam tadi menjadi sejarah bagi seorang remaja perempuan bukan Islam apabila mengucap kalimah syahadah semasa sesi ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik di sini.

Bersaksikan hampir 40,000 orang yang hadir pada majlis syarahan di Padang Astaka di sini, Woo Nina Grace, 19, mengucapkan kalimah syahadah dengan dibimbing Dr. Zakir selepas bersoal-jawab mengenai agama Islam.

Remaja perempuan itu yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, mengakui telah mula mengkaji tentang Islam ketika berusia 13 tahun.

Beliau sebelum itu memberitahu bahawa telah menghafal surah Al Fatihah, ayat kursi dan tiga surah Qul sejak beberapa tahun lalu serta yakin akan Tuhan yang Esa dan kewujudan Nabi Muhammad.

Ucapan kalimah syahadah itu bukan sahaja membuatkan Nina mengalirkan air mata, malah juga hadirin yang hadir.

Selesai menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pilihan Orang Islam, Dakwah Atau Kemusnahan‘ dan sesi soal jawab pada kira-kira 12.45 malam, Dr. Zakir dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berjumpa dengan Nina yang berehat di sebuah bilik di belakang pentas.

Usaha pemberita untuk menemu bual Nina tidak berjaya selepas dihalang oleh pihak urus setia program.

Beberapa hadirin yang ditemui Bernama menyatakan bahawa mereka terkejut dengan kesediaan Nina memeluk Islam dan bersyukur kerana dapat melihat usaha dakwah Dr. Zakir yang mampu menarik orang bukan Islam menjadi ‘saudara baharu’. – BERNAMA

Tags: islamZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd