• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Telaga Tiub Akan Dibina Di Timah Tasoh – Shahidan

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Kerajaan memutuskan untuk membina dua buah telaga tiub di sekitar kawasan Empangan Timah Tasoh bagi membeklkan air kepada penduduk yang menghadapi musim kemarau, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata pembinaan setiap telaga menelan kos kira-kira RM200,000 yang kawasannya akan dikenal pasti.

“Ini pilihan yang ada. Hanya air bawah tanah yang boleh disedut bagi memenuhi bekalan domestik dan pertanian akibat fenomena El Nino,” katanya kepada pemberita semasa meninjau Empangan Timah Tasoh di sini hari ini.

Shahidan berkata beliau telah meminta Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Perlis mengkaji kawasan yang sesuai dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh dua minggu ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata operasi pembenihan awan (OPA) di Perlis diteruskan untuk hari ketiga hari ini.

Paras air Empangan Timah Tasoh hari ini menyusut sebanyak 0.03 meter menjadikan paras 26.23 meter berbanding 26.26 meter semalam dengan keseluruhan air berbaki kira-kira 29.84 peratus.

Timbalan Pengarah JPS Perlis, Mohamad Nor Hafiz Noor Azmi berkata jika catuan air dilakukan, ia akan melibatkan kawasan Beseri, Chuping, Padang Besar, Kaki Bukit dan Titi Tinggi seramai lebih 13,000 pengguna domestik.

Kawasan Kangar, Arau dan Kuala Perlis tidak akan terjejas kerana air yang dibekalkan Lembaga Kemajuan Muda (MADA) adalah mencukupi. – BERNAMA

Tags: Shahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd