• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Ikan Mati Di Sungai Changkat, Nibong Tebal

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Ribuan ikan mati dan terapung di sepanjang Sungai Changkat hingga pintu air Pulau Burung, di sini sejak tiga hari lepas, dipercayai akibat pencemaran.

Ketua Unit Persatuan Nelayan Changkat Abdul Rahman Ibrahim berkata beberapa jenis ikan air tawar seperti lampam, puyu dan sepat dilihat terapung di sungai itu sejak Selasa lepas.

“Pada mulanya hanya beberapa ekor saja yang mati…tapi semalam makin banyak dan memenuhi Sungai Changkat hingga ke pintu air Pulau Burung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penasihat persatuan itu, Abdul Rahim Kassa pula mendakwa air sungai itu kotor dan berbau sejak seminggu lepas menyebabkan beliau tidak keluar menangkap ikan.

“Badan juga terasa gatal bila terkena air sungai,” katanya.

Beliau berkata kejadian ikan mati pernah berlaku di sungai itu pada 1998 apabila kira-kira tiga tan bangkai ikan terapung akibat pencemaran air daripada kawasan pelupusan sampah berhampiran.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Jawi Soon Lip Chee yang meninjau keadaan sungai berkenaan hari ini, berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil contoh air di situ bagi menyiasat punca sebenar ikan mati.

Soon berkata beliau telah meminta kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran supaya tidak melepaskan air di pintu air Pulau Burung buat sementara waktu bagi mengelakkan air yang tercemar masuk ke laut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan nelayan dan orang ramai supaya tidak menangkap ikan di kawasan tersebut kerana dikhuatiri tidak selamat. – BERNAMA

Tags: Ikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd