• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Bunuh Anak Perempuan Teman Wanita

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang penganggur berusia 21 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membunuh anak perempuan bongsu teman wanitanya yang berusia 19 bulan pada 31 Mac lepas.

Aizat Abdullah Othman dituduh membunuh Hannah Sufiyah Muhammad Adib di rumah sewa ibu kanak-kanak berkenaan di Apartment Teratai, Jalan Putra Perdana, Puchong pada kira-kira 1.40 petang.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang dalam kandang dan mengangguk tanda faham apabila ditanya sama ada dia memahami pertuduhan yang dibacakan atau sebaliknya.

Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalib menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 Mei bagi menantikan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Aizat Abdullah menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam Kee Wei Lon sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aziatul Afrizan Alias.

Sebelum ini, media melaporkan Aizat Abdullah dan teman wanitanya, seorang penjawat awam berusia 27 tahun, direman sejak 2 April berhubung kematian anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan.

Bagaimanapun hari ini, hanya suspek lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang untuk didakwa sementara teman wanitanya difahamkan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Antara yang dilihat hadir di mahkamah pada hari ini ialah datuk mangsa, Mohd Yusoff Abdullah, 51, dan beberapa petugas Jabatan Imigresen yang merupakan rakan sekerja ibu mangsa.

Mohd Yusoff ketika ditemui pemberita selepas prosiding mengesahkan beliau akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk mengambil menantunya yang dibebaskan hari ini. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd