• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sibuk Nak Beg LV Free, Ramai Jadi ‘Mangsa’ FB Palsu Datuk Vida

oleh AK-47
14/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BILA bercakap mengenai jutawan wanita paling berpengaruh pastinya akan terbayang wajah Datuk Vida yang cukup sinonim dengan tagline; ‘Qu Puteh.. Qu Puteh.. Barulah Putihhh’.

Mana tidaknya, pengasas komestik itu tidak henti-henti menaja pelbagai program hiburan, pasukan bola sepak dan bermacam-macam lagi dengan jumlah jutaan ringgit.

Vida

vida

01f5

5101

Kekayaannya yang dimiliki juga mengejutkan ramai sekali gus hangat diperkatakan selepas beliau mendedahkan aset dan koleksi peribadi mewah yang dimiliki menerusi program  ‘Terlajak Puteh, Nampak?’ yang dihoskan Dato’ Aznil Hj Nawawi.

Barangkali kerana populariti yang dikecapinya itu, ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan akaun Facebook palsu menggunakan namanya iaitu DSV – Dato’ Seri Vida.

Paling melampau, apabila akaun itu turut menipu netizen kononnya Datuk Vida mahu memberi beg jenama mewah, Louis Vuitton secara percuma dengan syarat pengikutnya perlulah berkongsi gambar statusnya.

Status itu sekali gus menjadi viral hingga mendapat lebih 45,000 likes dan dikongsi 200,000 shares gara-gara ramai yang mengimpikan untuk memiliki beg jenama mewah itu.

Apa yang kelakarnya, ada pulak netizen yang meluahkan harapan dan kisah sedih mereka semata-mata berharap Datuk Vida bersimpati seterusnya melayakkan mereka mendapat beg tersebut.

“Kalau dapat ini memang rezeki nak kahwin..  Alhamdulillah mujur ada Pamoga.. thanks DSV,“ kata seorang wanita.

“Kak. Saya sekarang kerja sebagai pembancuh simen. And now saya sedang menyiapkan wisma DSV di jalan wakaf siku tu. So jika kesempatan. Datang la tengok saya nak cat bangunan baru tu dan jika nempak lawa dan kemas, kasi la beg tu ya. Nak bagi kat bini hehehehee,” kata seorang lagi netizen.

Berikutan itu, Datuk Vida menerusi akaun rasminya Dato’ Seri Vida menafikan pemberian hadiah berupa beg tersebut.

13000113_1115561195132506_1779891925715075403_n

Jelasnya, page akaun Facebook atas nama DSV – Dato’ Seri Vida adalah palsu dan dia tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana status yang dimuat naik.

“Sebarang promosi/iklan/hadiah atau apa-apa yang berkaitan tentang Vida Beauty atau Qu Puteh adalah TIDAK BENAR/PALSU sama sekali!!,” katanya.

Haihhh.. rasanya pemiliki akaun palsu Facebook Datuk Vida ini layak ditangkap. Yelah, lebih 200,000 orang tertipu bulat-bulat gara-gara mahukan beg tangan Louis Vuitton.

Mungkin, inilah yang dinamakan, ‘Tipah Tertipu Bang!’. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd