• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kagum Semangat Bekas Ketua Pemuda UMNO Pertahan Parti

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kagum terhadap semangat bekas ketua-ketua Pemuda UMNO yang sezaman dengannya dalam mempertahan, menegak dan meneruskan perjuangan parti.

Najib berkata walaupun ada antara mereka kini sudah berumur 60-an, semangat cintakan parti tidak pernah luntur.

“Ada yang kini masih aktif dalam dunia politik dan kerjaya, ada pula yang telah lama bersara. Ada yang dah bertahun-tahun saya tak jumpa, ada juga yang telah meninggalkan kita,” katanya dalam catatan terbaru di blog NajibRazak.com di sini, hari ini.

Najib berkata mereka merupakan tempat yang boleh beliau bergantung harap untuk mempertahankannya bukan sahaja sebagai presiden UMNO tetapi juga sebagai sahabat.

“Semua yang hadir di dalam dewan semalam adalah sebahagian daripada sejarah UMNO, kerana tanpa sokongan Pemuda ketika UMNO dilanda konflik Team A dan Team B suatu ketika dulu, tidak mungkin parti kita akan pulih dan bangkit menjadi parti yang hebat seperti ia hari ini,” katanya.

Najib mengadakan pertemuan dengan sahabat seperjuangan yang sezaman dengannya ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO, dalam satu majlis di Putrajaya, semalam.

Perdana menteri berkata beliau tersentuh hati melihat mereka yang datang dari segenap pelosok negara untuk meluangkan masa bersamanya.

“Ada yang kini masih aktif dalam dunia politik dan kerjaya, ada pula yang telah lama bersara. Ada yang dah bertahun-tahun saya tak jumpa, ada juga yang telah meninggalkan kita dan diwakili petang semalam oleh balu dan waris mereka,” katanya.

Jelasnya, nilai persahabatan antara beliau dengan sahabatnya bukan bersandarkan nilai material, tetapi berdasarkan nilai persahabatan yang ikhlas dan tidak boleh dijual beli.

Katanya beliau percaya tidak ada dalam kalangan sahabat-sahabatnya itu yang akan lari atau khianat terhadap sumpah setia sebagai anggota terhadap parti yang dikasihi.

“Macam mana pun, walau apa pun yang berlaku, kita nak jaga parti UMNO keramat kita ini dan tanah air kita untuk generasi akan datang, untuk anak-anak dan cucu-cucu kita.

“Insya-Allah, sama-sama kita kekalkan tali silaturrahim yang telah terjalin sekian lama, terus setia dalam persahabatan, ikhlas dalam perjuangan dan sumpah setia kita untuk UMNO, untuk bangsa dan untuk negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd