• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Motosikal Pengedar Dadah

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seorang pegawai penyiasat dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok cedera selepas dirempuh motosikal yang dipercayai ditunggang pengedar dadah dalam serbuan di Kampung Kolam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pegawai berkenaan Insp M Devandaran, 31, cedera di bahu dan tangan kiri akibat rempuhan tersebut.

“Beliau bagaimanapun hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Bachok,” katanya pada sidang akhbar di IPD Bachok di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata ketika kejadian Devandaran mengetuai sepasukan anggota polis membuat serbuan di kawasan tali air di kampung berkenaan selepas menerima maklumat orang ramai.

“Ketika membuat pemeriksaan secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki seorang pengedar dadah cuba meloloskan diri dan terus merempuh Devandaran walaupun telah disuruh berhenti.

“Bagaimanapun kita berjaya menahan suspek yang berumur 35 tahun dan menemui tiga botol kecil berisi serbuk putih disyaki heroin dan satu paket plastik cerah berisi 10 pil berwarna merah jambu disyaki methamphetamine bernilai RM5,500 di dalam raga dan di bawah tempat duduk motosikal itu,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat dibawah Akta 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd