• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Kutip RM4.47 Bilion Cukai Yang Diaudit Pada 2014

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperoleh RM4.47 bilion jumlah cukai yang ditaksir daripada 1.8 juta kes yang diaudit bagi tahun 2014.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata jumlah kutipan berkenaan meliputi cukai dan penalti bagi kes syarikat dan juga bukan syarikat yang diaudit bagi memastikan cukai dibayar secukupnya.

Beliau berkata bagi 2013, sejumlah RM5.04 bilion dipungut LHDN daripada cukai yang telah ditaksir daripada 1.7 juta kes yang diaudit pada tahun tersebut.

Bagi 2012, sejumlah RM3.30 bilion dikutip daripada cukai yang ditaksir untuk 1.9 juta kes yang diaudit.

“Walaupun jumlah kutipan tidak sama, namun kami boleh lihat dari segi patuh cukai yang meningkat. Ia berbeza, kalau bilangan kes bertambah, pendapatan tidak semestinya bertambah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kunjungan Mesra Hasil (KMH) Peringkat Nasional Bil 1/2016 di sini, hari ini.

Sementara itu, Sabin berkata LHDN berharap harga minyak dunia tidak terus jatuh kerana ia boleh menjejaskan pendapatan cukai LHDN bagi tahun 2016.

“Sasaran jumlah kasar kutipan cukai kita untuk 2016 ialah sebanyak RM124 bilion, namun sekiranya harga minyak dunia jatuh sehingga US$30 atau US$40 setong, ini pasti akan menjejaskan sasaran kutipan cukai kita,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai KMH yang berlangsung dari 11 hingga 14 April, Sabin berkata pihaknya akan mengunjungi 108 syarikat di sekitar Lembah Klang yang didapati cuba untuk mengelak membayar cukai.

“Kes yang dipilih ini merupakan kes-kes gagal patuh untuk mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Mereka ini ada nombor pendapatan cukai tetapi tidak ada maklumat lengkap.

“Kami dapat maklumat mengenai syarikat mereka daripada pihak ketiga dan kemungkinan mereka masih beroperasi. Saya tekankan ada banyak sebab kenapa mereka tidak membayar cukai, termasuk mungkin sudah menghentikan operasi,” katanya.

Berdasarkan rekod, kira-kira 25 hingga 30 peratus syarikat di seluruh negara masih gagal memulangkan borang nyata cukai pendapatan bagi tahun 2012 hingga 2015. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd