• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Pertahan Ramasamy Gelar Dr. Zakir Setan

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan mempertahankan reputasi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P.Ramasamy yang dikecam umat Islam kerana menggelar pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik sebagai setan.

Pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad berkata, rakyat Malaysia sepatutnya memuji Ramasamy kerana telah ‘sudi’ menggugurkan perkataan setan tersebut daripada akaun media sosialnya.

“PAN mengucapkan terima kasih kepada Ramasamy kerana telah menggugurkan perkataan ‘Satan’ yang digunakannya terhadap Dr. Zakir dalam penulisan asalnya.

“Tindakan Ramasamy menggugurkan perkataan tersebut boleh dipuji kerana walaupun tidak bersetuju dan tidak berpuas hati, beliau masih rasional dan bersedia menerima teguran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Ramasamy yang juga salah seorang pemimpin Pakatan Harapan merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP menggelar Dr. Zakir yang merupakan pendakwah terkenal antarabangsa sebagai setan dan menggesa kerajaan menghalau keluar Dr. Zakir dengan segera.

Dalam pada itu, demi menyelamatkan reputasi Ramasamy dalam kalangan masyarakat Islam, Khalid turut menuduh kononnya ada pihak ingin mengambil kesempatan untuk melakukan perbalahan dan pergaduhan melalui isu ceramah Dr. Zakir.

Menurutnya, tindakan itu kononnya akan menyebabkan segala penyelewengan yang telah pihak tersebut lakukan akan ditutup dan dilupai.

“PAN menyeru semua pihak untuk berhati-hati dengan golongan ini. Mereka tidak bersikap sebagai pendakwah tetapi sebagai agen provokator. Mereka wujud di kedua-dua belah pihak dan seruan mereka perlu ditolak,” dakwanya.

Justeru, katanya, PAN menyeru seluruh masyarakat, sama ada Islam dan bukan Islam mempunyai sikap terbuka terhadap perbincangan yang menyentuh perbezaan kefahaman dan kepercayaan.

“Perbincangan ilmiah tidak semestinya menyebabkan perbalahan tetapi sebaliknya boleh menghasilkan persefahaman antara yang berbeza pandangan dan kepercayaan,” katanya lagi.

Khalid dalam pada itu mendakwa PAN tidak tahu mengapa Ramasamy boleh menyatakan bahawa Dr. Zakir menyeru orang Islam untuk membenci orang bukan Islam.

Katanya, Dr. Zakir hanya menjelaskan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu di dalam kitab-kitab agama Hindu berhubung konsep ketuhanan yang selari dengan ajaran Islam.

“Ia bukan bertujuan menyebarkan kebencian terhadap orang Hindu, tetapi menjelas secara ilmiah berdasarkan kajian akademik tesis beliau bahawa ajaran agama Hindu ada persamaan dengan Islam dalam aspek tertentu.

“Jika dilihat secara posistif tesis yang dikemukakan sebenarnya berpotensi untuk merapatkan jurang sedia wujud atas sebab adanya persamaan seperti yang dinyatakan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPpakatan harapanZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd