• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Celupar Dakwa Zakir ‘Setan’, Pejabat TKM PP Dibaling Bom

oleh
12/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Pejabat Pusat Khidmat ADUN Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang di Taman Chai Leng, Perai dekat sini, dilontar bahan molotov cocktail, awal pagi Selasa.

Kejadian tersebut disedari oleh pengurus pejabatnya, R. Subramaniam, 60, yang mendakwa terdengar satu bunyi letupan sebelum dia memeriksa kawasan kaki lima premis dua tingkat itu, pada kira-kira pukul 3 pagi.

Menurut laporan media tempatan, katanya bahawa dia ternampak percikan api akibat bahan letupan dipercayai buatan sendiri itu di bahagian pintu masuk tingkat bawah pejabat tokoh India cauvinis DAP negeri berkenaan.

Dia yang terus melakukan pemeriksaan lanjut kemudian mendapati pintu gelongsor di tingkat bawah premis itu telah mengalami kebakaran kecil sebelum api tersebut dapat dipadamkan hanya beberapa minit kemudian.

zakir-naik-ramasamy-dapramasamy-dap-zakir-naik

“Saya kemudian segera menghubungi rakan saya pula untuk memaklumkan kejadian ini kerana bimbang sesuatu yang buruk pula mungkin boleh berlaku. Dia turut membuat laporan di Balai Polis Taman Chai Leng.

“Kejadian sebegini adalah yang pertama kali berlaku di pejabat YB ini sejak saya saya mula bekerja beberapa bulan lalu,” kata Subramaniam lagi. Difahamkan Ramasamy, 67; tiada di pejabat ketika insiden tersebut berlaku.

Sepasukan anggota unit forensik polis Pulau Pinang dilaporkan turut berada di lokasi berkenaan sejurus menerima laporan tersebut bagi melakukan siasatan dengan lebih lanjut di pejabat Timbalan Setiausaha Agung DAP itu.

Ramai melihat peristiwa tersebut ada kaitan dengan keceluparan Ramasamy yang kurang ajar menggelarkan Tokoh Maal Hijrah 2013, Dr. Zakir Naik sebagai ‘Satan’ menerusi kiriman Facebook milik beliau pada Isnin.

Ada juga mendakwa ia mungkin dilakukan pihak tertentu bagi mengalihkan perhatian susulan laporan polis atas kebiadapan Ramasamy menghina pendakwah itu dengan memanggilnya ‘Satan’. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: GPMS PP Kutuk Ramasamy Gelar Dr. Zakir ‘Syaitan’

Juga: Ramai ‘Bengang’ PDRM Sekat Forum Dr. Zakir Naik

Lagi: Jamil Khir Gesa PDRM Benarkan Forum Zakir Naik

Tags: Zakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd