• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Yuran Syarikat Penerbangan Ditentukan Jumaat – DCA

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Cadangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengkaji semula yuran dan caj ke atas industri penerbangan masih lagi merupakan satu cadangan dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan penggiat industri esok, kata Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan membolehkan pengendali syarikat penerbangan mengemukakan kes mereka, dengan sebahagiannya sudah memnyerahkan cadangan balas.

“Cadangan DCA itu bukan sudah ditetapkan,” katanya pada taklimat media mengenai cadangan kenaikan yuran itu di sini Isnin, dengan menambah, DCA dan Kementerian Pengangkutan sudah pasti akan mendengar pandangan penggiat industri terlibat.

dca

Menurutnya, laporan kenaikan 10 kali ganda dalam yuran dan caj itu belum lagi diluluskan, dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dijangka mengumumkan keputusan akhir mengenai perkara itu Jumaat ini.

Azharuddin berkata, yuran dan caj berkenaan tidak pernah dikaji semula sejak 40 tahun lalu dan cadangan kenaikan itu akan termasuk penggunaan ruang udara, kemudahan trafik udara serta lesen penerbangan pilot.

Di bawah cadangan itu, caj pengendalian penerbangan udara (ANFC) akan naik daripada lima sen setiap batu nautika sekarang ini kepada 50 sen untuk pesawat ringan tidak lebih 2,500 kilogram.

Untuk pesawat lebih besar seperti Airbus A320/A330 dan Boeing B737/B777, kos itu akan meningkat kepada RM1-RM2.50 setiap batu nautika berbanding 10-25 sen sekarang, manakala bagi pesawat melebihi 135,000 kilogram, kadar itu akan naik daripada 30 sen kepada RM3 setiap batu nautika.

Azharuddin berkata, yuran dan caj yang lebih tinggi itu perlu bagi meningkatkan keupayaan DCA sebagai pihak berkuasa penerbangan, kerana kerajaan sudah meluluskan rancangan untuk merubah DCA sebagai pihak berkuasa, yang memerlukannya berdikari dari segi kewangan.

Menurutnya, jabatan itu juga sedang menambah baik sistemnya, termasuk teknologi kawalan trafik udara dan kawalan pemeriksaan keselamatan ke atas pesawat dan lapangan terbang.

“Kami memerlukan peralatan yang lebih baik dan jika kami tidak melakukan ini, kami akan ketinggalan di belakang. Pada masa sama, kami akan diaudit Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa pada Mei ini.

“Dengan menaik taraf sistem, kami akan berupaya mengurus ruang udara dengan selamat dan cekap,” katanya dengan menambah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kini mencatat purata 1,000 pergerakan penerbangan sehari, merangkumi 500 perlepasan 500 pendaratan.

Menurut beliau, DCA membelanjakan kira-kira RM250 juta setahun untuk mengawal selia ruang udara Malaysia, tetapi memperoleh pendapatan purata RM50 juta, menyebabkan defisit RM200 juta yang memerlukan jabatan itu mendapatkan dana tambahan daripada kerajaan.

Azharuddin berkata, cadangan kadar baharu itu masih rendah berbanding beberapa negara Asia Tenggara lain, termasuk Thailand dan Vietnam.

Ketika ditanya sama ada kenaikan itu akan memberi kesan kepada harga tiket, beliau berkata: “Ia terpulang kepada pengendali syarikat penerbangan untuk menangani kenaikan itu sama ada mereka mahu menyerapnya atau melepaskannya kepada pelanggan.” – mStar Online

Tags: DCAKLIA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd