• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Zakir Keluar Kos Sendiri, Hanya Penginapan & Makan Ditanggung

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membawa tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau menjelaskan hanya penginapan dan makan tokoh ilmuan Islam itu dibiayai kerajaan negeri manakala perbelanjaan lain dibiayai sendiri oleh Dr Zakir menerusi Islamic Research Foundation.

“Kerajaan negeri hanya menyediakan (menanggung) penginapan dan makan minum sepanjang beliau berada di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri mengeluarkan kos yang banyak bagi membawa Dr Zakir ke negeri ini.

Ahmad Razif berkata Dr Zakir sememangnya pejuang agama yang wajar dicontohi malah rakyat Terengganu bertuah kerana pendakwah terkenal itu bersetuju hadir untuk menyampaikan ceramah.

Undangan kepada Dr Zakir, 50, dibuat pada tahun lepas apabila Ahmad Razif bertemu tokoh ilmuan Islam itu di Korea Selatan semasa melakukan lawatan kerja.

Terdahulu, dalam ceramah bertajuk ‘The Importance of Unity Among Muslim Ummah’ (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam” selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, Dr Zakir menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam.

Katanya umat Islam perlu mengelak perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merosakkan perpaduan serta amat merugikan.

Sesi ceramah bermula pada 9.45 malam dan disusuli dengan sesi soal jawab sebelum tamat kira-kira 1 pagi. Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramah itu.

Dr Zakir yang pertama kali berkunjung ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan dijadual menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk universiti.

Sebelum menceburi bidang dakwah, Dr Zakir yang pernah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2013, terlatih sebagai doktor perubatan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd