• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Ramai Kecewa Dengan Kempen ‘Beratur Panjang’ JPJ

oleh AK-47
11/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Aktiviti pembayaran diskaun kompaun saman yang diadakan pada Majlis Sambutan Hari JPJ ke-70 pada pagi ini dilaporkan menerima kritikan kurang memuaskan dari pengunjung setelah sistem pembayaran saman dikatakan sering tergendala.

Ini menyebabkan keadaan agak kecoh apabila kebanyakkan pengunjung yang telah beratur panjang sejak pagi hampa apabila terpaksa pulang.

Tambah memeritkan, apabila pengunjung yang berdiri lama diberitahu lewat berkenaan hal tidak semua kompaun menerima diskaun sehingga 50 peratus.

“Apa masalah JPJ hari ni? sistem tak boleh buka lebih sejam yang menunggu sejak jam 7am, bila dah beratur dekat sejam dapat info dari pegawai JPJ saman AES dengan mahkamah tiada pengurangan..,” kata Muhafizar Afendi Mat Isa yang kecewa mengenangkan hal berkenaan.

Tinjaun kami di laman rasmi Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan pula mendapati sebuah video yang memaparkan keadaan di perkarangan parkir di Istana Kehakiman Putrajaya penuh sesak akibat perkhidmatan kaunter pembayaran JPJ yang dibuka adalah terlalu sedikit.

Bila @JPJ_Malaysia buat 50% bayaran kompaun tapi sejam dah stuck? Apa kata rakyat Malaysia? pic.twitter.com/8a515Opw9K

— Boh Baik (@JohnBoh) April 10, 2016

Ini membuatkan orang ramai yang berkumpul sejak daripada jam 8 pagi terpaksa menunggu dan terus menunggu giliran bak menuggu giliran di hospital kerajaan.

“70 tahun kot tapi servis macaam ni…kan senang kalau buat tiap negeri, ni aku datang dari Johor kot sampai sudah tak settle-settle, tak habis-habis dengan sistem offline..sebal jekkk.

“Lepas tu takde inisiatif nak pergi kat orang yang beratur panjang tengah panas tu brief kitorang saman apa yang boleh diskaun dan tak boleh diskaun, at least orang tau and takde la beratur dengan harapan semua saman dapat diskaun. Kenapa mesti menyusahkan macam ni? Geram sangat,” ujar Cik Malek yang datang dari Johor Bahru semata-mata untuk membayar samannya pada majlis tersebut.

Manakala salah seorang pengunjung, Mohd Adib Zainudin, turut hampa apabila diberitahu berkenaan sistem JPJ yang sering terputus dan maklum balas yang diterimanya oleh pegawai yang bertugas.

“Baik tak payah datang la, aku orang pertama ni pun tak selesai lagi, tak habis-habis cakap sistem offline, bila tanya apa backup plan, tak boleh nak jawab.. Ramai gila orang mengamuk.. Tak payah datang la,” tulisnya diruangan komen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aduan penggunaJPJkompaunsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd