• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek 70 Tahun ‘Wow’Kan Juri Dengan Bakat Tarian Tiang

oleh AK-47
10/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG warga emas berusia 70 tahun mengejutkan juri program realiti Italia’s Got Talent dengan bakat menari tiang yang dimilikinya, baru-baru ini.

Menerusi rancangan terbabit, Tomoko yang berasal dari Jepun, pada mulanya muncul dengan memakai pakaian rasmi wanita Jepun, kimono berwarna merah dan putih.

Dia yang sudah 43 tahun menetap di Itali serta fasih berbahasa Itali kemudiannya bercerita mengenai minatnya dalam bidang nyanyian opera namun disebabkan usianya yang sudah lanjut, Tomoko memikirkan alternatif lain bagi meng’wow’kan juri dan penonton program tersebut.

Melucutkan kimono, Tomoko terus mempersembahkan tarian tiang yang kebiasaannya dikaitkan sebagai tarian sensual dilakukan penari wanita muda dan seksi.

Melihatkan persembahannya ada juri seakan tidak percaya dengan kebolehan Tomoko sehingga mulut terlopong kagum melihat bakat yang ada pada seorang nenek sepertinya.

Salah seorang juri, Luciana Littizetto secara berseloroh berkata, “mana pergi penyakit tulang belakang yang sering dikaitkan dengan orang tua?

“Kita semua percaya bila orang dah tua tidak manis untuk mendedahkan badan lagi tapi kamu mempunyai badan yang cantik, penuh harmoni,” kata Luciana.

Sehingga kini, video yang muat dimuat naik sejak 30 Mac itu sudah meraih tontonan lebih daripada sejuta kali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ItalijepunmyVideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd