• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbekalkan RM15 Terakhir Untuk Tagih Bantuan JKM Tapi Gagal

oleh AK-47
20/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERBEKALKAN wang terakhir RM15, seorang warga emas terpaksa berkorban membayar tiket bas untuk ke Alor Setar dari kampungnya di Kampung Teloi Tua, Sik, Kedah kerana ingin ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengetahui sebab bantuan kebajikan kepadanya dihentikan sejak tiga bulan lalu.

Mat Isa Lahaman, 60, berkata, dia terpaksa membayar tambang bas RM10 daripada RM15 dimilikinya sebagai tambang bas, manakala RM2.50 untuk makan ketika sampai di bandar itu. 

Ketika ditemui Sinar Harian dua hari lalu, dia buntu bagaimana mahu pulang ke kampung dengan wang baki RM2.50.

Menurutnya, usahanya memohon JKM menyambung semula bantuan itu juga gagal apabila dia didakwa tidak lagi menetap di Rumah Orang Tua Galau.

Dakwa Mat Isa, dia sepatutnya menerima wang bantuan RM300 sebulan namun tidak menerimanya setelah dimasukkan ke Hospital Sik dan tidak berupaya mengambil wang bantuan itu.

“Saya hanya tinggal sebatang kara selepas kematian isteri, Ramlah Yackop, akibat kencing manis pada 2011. Manakala anak pula tiada,” katanya yang kini mengambil upah bekerja kampung seperti memotong rumput namun, tahap kesihatan kurang mengizinkan untuknya melakukan kerja berat.

Katany, dia bukan menagih simpati tetapi ingin bantuan diteruskan untuk menampung kehidupan.

Sementara itu, Penolong Pegawai JKM Daerah Sik, Samnah Asik@Hasim berkata, pihaknya tidak akan membuat pemotongan bantuan yang disalurkan kepada penerima dengan sewenang-wenangnya.

“Mat Isa tidak dapat dihubungi serta tinggal di tempat lain dan bantuan terpaksa dipotong jikalau penerima duduk di luar kawasan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

Tags: JKMKedahwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd