• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Burukkan Laporan PAC Mengenai 1MDB, Perbuatan Oportunis Politik Menjengkelkan

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua memburuk-burukkan laporan PAC berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu perbuatan oportunis politik menjengkelkan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata perlakuan politik seumpama itu dilihat merendah dan memburukkan proses bebas dan tidak berpihak yang dilaksanakan PAC, di mana Pua sendiri mengangkat sumpah sebagai anggotanya.

“Saya ingin menegaskan dan mengingatkan kepada Tony Pua keputusan dibuat oleh kesemua 14 anggota PAC secara sebulat suara atau konsensus dan beliau salah seorang daripada anggota yang mencapai konsensus itu,” kata Hasan dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pua yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dilaporkan berkata beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu mengenai 1MDB.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu juga berkata siasatan PAC ke atas 1MDB menjadi sukar selepas pertukaran pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Hasan berkata jika konsensus jawatankuasa itu memerlukan penilaian terhadap sesuatu dokumen atau mendapatkan kenyataan saksi, beliau sebagai pengerusi akan memastikan ia disediakan dan pengambilan kenyataan dilaksanakan.

Pada peringkat itu, katanya jika terdapat anggota jawatankuasa merasakan keperluan memperoleh maklumat lebih terperinci, mereka akan mengutarakannya pada prosiding yang dijalankan, di mana objektif utama ialah bagi menyediakan analisa terperinci mengenai transaksi 1MDB untuk dibentangkan kepada Parlimen.

Beliau berkata sepanjang pengauditan, PAC telah mematuhi segala proses terperinci dan jelas bagi memastikan ia bebas dan tidak berpihak.

“Kesemua anggota PAC secara konsensus telah menyatakan persetujuan dengan jelas tanpa sebarang paksaan dan keraguan serta dicatatkan melalui minit prosiding laporan yang disediakan dan hasil siasatannya,” kata beliau.

Laporan PAC mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen pada Khamis lepas.

PAC dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang. – BERNAMA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd