• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab UMNO Luar Negara Indonesia Sokong Kepimpinan Najib

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEDAN – Sebanyak 14 cawangan Kelab Umno Luar Negara Indonesia menzahirkan sokongan padu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui deklarasi #supportMyPM.

Kesemua 14 pengerusi cawangan Kelab Umno Luar Negara Indonesia yang bernaung di bawah Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia itu menandatangani deklarasi sokongan berkenaan sebagai mewakili kira-kira 2,500 ahlinya.

Majlis menandatangani deklarasi #supportMyPM itu disaksikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh pada majlis malam gala BPN di sini, malam Sabtu.

Pengerusi BPN Indonesia Muhammad Aiman Dzulkifli, 22, berkata deklarasi itu mengandungi lapan faktor yang mendorong kepada sokongan tersebut termasuk Perdana Menteri cekap melaksanakan tanggungjawab, sabar serta berintegriti dalam memimpin negara.

“Perdana Menteri juga seorang yang idealis serta patriotik selain bijak mentadbir dan mengurus ekonomi negara, walaupun pada keadaan ekonomi dunia yang mencabar,” kata mahasiswa tahun tiga jurusan Bimbingan Kaunseling Islam Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau itu.

Selain itu, Muhammad Aiman yang juga Pengerusi Cawangan Kelab Umno Luar Negara Pekanbaru berkata Najib membuat keputusan penuh berhemah dalam apa jua keadaan termasuk ketika negara dan parti sedang diancam pelbagai tragedi.

Katanya Najib turut prihatin terhadap kebajikan mahasiswa dalam dan luar negara dengan pemberian pelbagai bantuan dan insentif.

Melahirkan pandangan sama, Muhammad Nazim Abd Malek, 27, berkata kerajaan di bawah pimpinan Najib banyak membantu BPN Indonesia dari segi kebajikan pelajar selain memberi peruntukan dalam penganjuran program sosial dan sukan.

“Jika berlaku bencana seperti gempa bumi di Indonesia, kerajaan akan bertindak pantas dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pergigian Universitas Sumatera Utara itu berkata mahasiswa perlu menilai usaha yang telah dilakukan kerajaan terhadap mereka dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pihak tertentu khususnya di media sosial.

Bagi Abdul Mun-im Alias, 29, perkembangan terbaharu terutama melibatkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai tadbir urus 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengesahkan segala tuduhan terhadap Perdana Menteri selama ini adalah tidak berasas.

“Kita berdiri teguh di belakang Perdana Menteri bukan kerana kita kaki bodek tetapi fakta menunjukkan beliau berada di landasan yang betul,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Undang-Undang Syariah, Universitas Islam Negeri Syariff Hidayatullah, Jakarta itu.

PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis lepas.

Ia antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd