• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Benih Ikan Ringankan Beban Penternak Ikan Sangkar

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membekalkan satu juta benih ikan talapia dan patin memberi harapan baru kepada industri itu di daerah ini.

Rata-rata penternak di daerah ini yang terpaksa berhadapan dengan kerugian ratusan ribu ringgit setelah ikan di sangkar mati akibat fenomena El Nino, menarik nafas lega dengan bantuan berkenaan yang sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.

“Sebelum ini kami dah pening memikirkan cara nak cari modal untuk beli benih dan makanan ikan. Mana nak cari modal memandangkan ikan di sangkar semuanya mati.

Penternak ikan sangkar Abdul Rahim Husin, 60, menunjukkan bangkai ikan ternakannya

“Nasib baik kerajaan hulurkan bantuan, dapatlah kami bernafas kembali selepas ini,” kata Saadan Kassin, 60, yang menganggarkan kerugian lebih RM150,000 setelah ikan yang diternak dalam 15 sangkar miliknya di Pangsaenam, di sini mati akibat cuaca panas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semasa melawat Temerloh pada Khamis lepas, mengumumkan bantuan benih ikan talapia dan patin kepada 332 pengusaha ikan sangkar dan kolam yang terjejas di seluruh negara berikutan fenomena El Nino.

Pahang merupakan negeri yang paling teruk terjejas melibatkan seramai 239 penternak dengan kerugian mencecah RM5 juta diikuti Terengganu (54 pengusaha) Perak (27), Perlis (lapan) dan Kedah (empat).

Seorang lagi penternak Mohd Hamdi Yaakob, 46, yang terpaksa menanggung kerugian lebih RM100,000 menganggap keputusan kerajaan memberikan bantuan tersebut sebagai khabar gembira untuk penternak ikan sangkar di daerah itu.

“Ternakan ikan ini merupakan mata pencarian saya untuk menyara keluarga, apabila kejadian ini berlaku (ikan mati) kami bagaikan hilang punca untuk teruskannya.

“Mujur ada bantuan ini, jika tidak ‘pecah kepala’ juga nak memikir mencari modal untuk memulakan kembali ternakan ikan sangkar ini,” katanya yang lebih tujuh tahun terlibat dalam industri penternakan ikan sangkar.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kebanyakan sangkar ikan kini terbiar di beting pasir selepas air Sungai Pahang sepanjang daerah ini menjadi cetek akibat cuaca panas.

Bagaimanapun, ikan sungai seperti patin, talapia, baung dan lampam masih boleh diperoleh dengan harga berpatutan walaupun bekalan berkurangan. – BERNAMA

Tags: IkanPenternak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd