• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Mahathir Perlu Hormati Hasil Siasatan PAC

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan syarikat berkenaan.

Menteri Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata Tun Dr Mahathir seharusnya menerima dan menghormati keputusan PAC.

“…dalam kes ini, PAC dah buat keputusan jadi, Tun perlu hormat kepada keputusan PAC…semua rakyat Malaysia juga perlu hormat kepada keputusan PAC,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Projek Ekonomi Desa Lestari Abad Ke-21 di Kampung Tok Dor di sini, hari Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil.

PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Tun Dr Mahathir dalam satu forum tertutup di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dua hari lepas berkata beliau sedih kerana PAC meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Shahrol Azral.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata dari segi rasionalisasi, 1MDB mampu membayar kesemua hutangnya dan sepatutnya tidak timbul lagi isu 1MDB mempunyai hutang melebihi RM50 bilion.

“PAC juga memutuskan dan membentangkan laporannya di Parlimen bahawa tidak ada perkara yang melibatkan unsur jenayah berlaku dalam pengurusan 1MDB,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd