• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Pelawa Kerjasama Kerajaan Negeri Tubuhkan MRSM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempelawa lebih banyak kerajaan negeri bekerjasama dengannya menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usahasama itu dapat menjimatkan kos pembinaan sesebuah MRSM yang mencecah RM50 juta setiap satu.

Beliau mengambil contoh kerajaan Terengganu yang menubuhkan MRSM Imtiaz dengan kerjasama Yayasan Terengganu yang dimiliki kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di Bukit Besi, di sini.

“Sebelum ini, terdapat MRSM yang diwujudkan hasil kerjasama Mara dengan Kementerian Pertahanan (MRSM Terendak, Melaka); Polis Diraja Malaysia (MRSM PDRM Kulim, Kedah) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (MRSM FELDA Trolak, Perak).

“Dengan kerjasama kerajaan Terengganu ini, kita dapat jimat dari segi kos pembinaan minima RM50 juta dan hanya menumpukan kepada kos pengurusan seperti gaji guru dan hal berkaitan pentadbiran.

“Sehubungan itu, kementerian sangat menggalakkan mana-mana kerajaan negeri yang berminat menjalin kerjasama ini yang memberi banyak manfaat kepada semua pihak terutama pendidikan di negeri itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian MRSM-Imtiaz yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata kerjasama seumpama itu dapat memastikan lebih banyak pelajar diberi peluang melanjutkan pelajaran ke MRSM memandangkan bilangan pelajar cemerlang yang terlalu ramai ketika ini.

“Ketika ini, Mara menerima 52,385 permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu, namun kita hanya tawarkan tempat kepada 7,500 pelajar sahaja, manakala 21,084 permohonan untuk ke Tingkatan Empat tetapi tempat yang ditawarkan hanya 2,000 pelajar sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: MARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd