• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Irfan Mahu Felda United Kekalkan Momentum

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim mahu anak buahnya meneruskan momentum kemenangan untuk kekal menerajui Liga Super selepas merampas kembali takhta peneraju malam tadi.

Beliau yang enggan mendabik dada dengan kejayaan itu, berkata apa yang penting adalah untuk Felda United kekal fokus menghadapi lawan seterusnya.

Kemenangan 3-1 ke atas Selangor di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini malam tadi membolehkan pasukan itu merampas kedudukan teratas daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sekadar seri 2-2 dengan Kelantan

“Harapan saya juga apabila bermain di sini terutamanya, skuad saya akan terus mengutip tiga mata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu.

Beliau berkata secara keseluruhan prestasi anak buahnya berada pada tahap yang baik ketika menentang The Red Giants, sehingga berjaya mengutip tiga mata berharga.

“Malam ini bukan satu persembahan yang boleh saya puji tetapi pemain Felda United telah menunjukkan permainan yang baik.

“Kita telah diberikan cabaran sengit dan Selangor pula beraksi bermati-matian hingga ke akhir perlawanan.

“Apa pun saya ucapkan tahniah kepada pemain saya kerana kemenangan ini.”

Sementara itu, penolong jurulatih Selangor, K. Gunalan pula berkata kekalahan The Red Giants adalah disebabkan beberapa kesilapan yang dilakukan pemainnya.

Beliau berkata secara keseluruhan pemain sudah beraksi bersungguh-sungguh dan memperoleh banyak peluang di depan pintu gol tapi hanya penyudah sahaja yang kurang kemas. – BERNAMA

Tags: Felda United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Hargai MFL Tunda Perlawanan Liga Super

23/05/2019
0

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di Kuantan...

Kesilapan Mudah Punca Felda United Diratah Melaka United

16/09/2018
0

MELAKA — Terkejut, itu reaksi Ketua Jurulatih Felda United, B. Sathianathan selepas melihat pasukannya diratah 1-6 oleh Melaka United pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd