• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniman Jalanan Bakal Diberi Latihan Secara Profesional

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bakat seniman jalanan di sekitar Kuala Lumpur bakal digilap secara profesional melalui pendedahan persembahan dan latihan, kata Pengasas dan Pengerusi Yayasan Budi Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata pihak yayasan akan mengadakan kerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan mutu persembahan golongan berkenaan.

“Dengan pendedahan seperti ini, ia dapat memberi seniman jalanan platform untuk membolehkan mereka berjaya, mungkin sehingga menjadi seorang artis rakaman,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Budi Bersama Seniman Jalanan di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez.

Beliau berkata latihan berkenaan akan dapat membantu para seniman jalanan mempelbagaikan persembahan dan jenis lagu termasuk dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Rais berkata mereka yang terpilih juga akan diberi peluang membuat persembahan dalam Konsert Budi yang bakal diadakan menjelang sambutan kemerdekaan negara Ogos ini hasil kerjasama Yayasan Budi, Yayasan Warisan Negara dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Freddie berkata pihaknya bersetuju menjalin kerjasama dalam usaha untuk mengangkat martabat golongan seniman jalanan.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah mengadakan program latihan untuk membimbing seniman jalanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Sejak dua tahun lepas, kita telah mula mengadakan latihan selama tiga hari berturut-turut dalam setahun untuk membimbing seniman jalanan ini membuat
persembahan yang berkualiti serta dikenali oleh orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Rais yang juga Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga pelawak terkenal era 80-an, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Selayang di sini, kira-kira 3 petang tadi.

“Bagi saya pemergian Mr Os adalah satu kehilangan peribadi kerana kami bersahabat lama sejak tahun 1985, semasa saya jadi Menteri Penerangan.

“Saya tidak boleh melupakan seni penyampaiannya yang mengandungi mesej dan komedi yang bersahaja menerusi lagu dan juga ungkapan-ungkapan bahasa tempatan … kita doakan yang terbaik dan semoga seni beliau diingati dan dihormati,” katanya.

Mr Os memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung.

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Allahyarham termasuk Adik, O.K(Orang Kampung Otak Kimia), Cikgu Romantik dan Senario The Movie Ops Pocot. – BERNAMA

Tags: Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd