• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kanak-Kanak Dibaham Buaya Ganas Ditemukan Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMARAHAN – Mayat kanak-kanak perempuan yang dibaham buaya ganas di Kampung Sungai Mata di sini semalam, ditemukan pasukan mencari dan penyelamat pada 8.55 pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mayat Crlieyseha Abdul Rahim yang berusia dua tahun enam bulan ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 10 meter dari tempat mangsa disambar buaya terbabit.

Katanya, terdapat kesan gigitan di bahagian belakang dan bahu kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian 6 petang semalam, mangsa bersama bapanya Abdul Rahim Maarof, 26, diserang seekor buaya ketika mandi di sungai, kawasan sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumah mereka.

Abdul Rahim mengalami kecederaan iaitu patah tangan sewaktu cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya dan beliau diselamatkan penduduk kampung dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung itu digerakkan semalam sebaik menerima laporan kejadian tersebut dan ia dihentikan lewat malam tadi sebelum disambung semula Jumaat. – BERNAMA

Tags: Buaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd