• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tong Sampah Unik Didik Masyarakat Jaga Kebersihan

oleh AK-47
07/04/2016
dalam Gajet, Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja tong sampah, pasti ramai membayangkan bekas kotor, jijik, berbau dan sebagainya menyebabkan kita tidak mahu untuk mendekatinya. Namun ternyata tidak semua tempat pembuangan sampah seperti itu.

Masyarakat hari ini sudah mulai sedar akan kepentingan menjaga kebersihan dan pelbagai cara telah dilakukan bagi mendidik netizen tentang kebersihan alam sekitar terutama sekali melibatkan kawasan umum.

Beberapa negara di dunia telah mencipta atau merealisasikan idea-idea kreatif untuk mendidik orang ramai melalui transformasi yang dilakukan terhadap tong sampah dalam memupuk kesedaran kepada masyarakat.

Berikut ini adalah beberapa idea design atau konsep tong sampah menerapkan elemen permainan atau game untuk menarik dan mendidik masyarakat menggunakan tong sampah secara tidak langsung sama-sama menyumbang kepada kebersihan bandar yang didiami.

Maze Trash Can, antara idea bijak pemerintah Switzerland apabila merobah tong sampah menjadi tempat permainan Maze atau Labirin.

Idea ini adalah bertujuan untuk mengelakkan orang awam membuang atau membaling cawan kertas merata-rata di kaki-kaki lima. Projek ini dinamakan sebagai ‘Lucerne Shines’.

Ini pula idea dari pereka  Perancis dikenali sebagai Collectif DC tampil dengan konsep seumpama itu untuk menarik mereka yang lalu lalang di situ bermain permainan ‘Three Point’ atau ‘Tiga Mata’  seperti dalam permainan bola keranjang.

Lain pula halnya di Filipina, pemerintah di sana menggunakan konsep tong sampah sebagai ‘alat permainan’ namun disuntik dengan elemen kitar semula.

Ini pula tong sampah khusus untuk para perokok tegar rasanya kerana hanya kelihatan putun-putun rokok didalam. Menariknya tong sampah ini, tertera dua nama pemain bola sepak antarabangsa terkenal iaitu Ronaldo dan Messi.

TetraBIN pula mengimplikasikan interaksi antara pengguna. Perbuatan meletakkan sampah ke dalam tong bertukar menjadi permainan, di mana sampah yang dimasukkan itu akan dipaparkan di luar skrin tong sampah berkenaan sebagai satu permainan yang dikenali sebagai ‘Tetra Game’. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Didikmasyarakattong sampahunik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd