• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Remaja Samun Penjual Surat Khabar Diberkas

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
12
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lapan remaja yang dipercayai menyamun penjual dan penghantar surat khabar dengan bersenjatakan parang diberkas di sekitar bandar raya ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kesemua suspek berumur antara 14 hingga 18 tahun itu diberkas di tiga lokasi berasingan iaitu Jelapang, Manjoi dan Kampung Rapat.

Beliau berkata operasi dijalankan mulai Selasa lalu selepas menerima aduan daripada lapan mangsa serta perjumpaan dengan persatuan penjual dan penghantar surat khabar.

“Setiap pagi mulai Selasa lalu, kita menjalankan operasi dan pada pagi tadi kita telah berjaya menahan dua orang di Manjoi, dua di Kampung Rapat dan empat di Jelapang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Program High Profile Policing di Pasar Pasir Pinji di sini, hari ini.

Sum berkata modus operandi kumpulan ini adalah menyamun dengan menggunakan parang ketika mangsa keluar menjual atau menghantar surat khabar di awal pagi.

“Walaupun anggaran kerugian tidak banyak iaitu antara RM100 hingga RM300 bagi seorang mangsa, tetapi kebanyakan mangsa adalah warga emas dan suspek menyamun menggunakan parang,” katanya.

Beliau berkata dengan tangkapan suspek itu, polis telah menumpaskan kegiatan samun penjual dan penghantar surat khabar di sekitar Ipoh yang berlaku sejak November tahun lalu.

Sum berkata polis sedang mengesan beberapa anggota lain kumpulan itu yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana samun secara berkumpulan dan bersenjata. – BERNAMA

Tags: kes samunremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd