• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap ‘Protective’ Suami Bantu Pantau Media Sosial – Marsha

oleh AK-47
06/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kelahiran negeri Di Bawah Bayu Marsha, 31; yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 29; akui media sosial miliknya dipantau oleh suaminya.

 

12543328_521777221336539_488582585_n
Marsha dan suami sewaktu bercuti di Milan, Paris

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh mendedahkan perkara itu kepada sebuah akhbar arus perdana bahawa laman sosial miliknya dikawal oleh suaminya.

Ia sebenarnya untuk menapis segala komen berbaur negatif dan mengambil langkah berjaga-jaga atas setiap gambar dan status yang dikongsi untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

“Kadang kala saya tidak sedar tingkah laku dan gurauan saya kelebihan hingga langgar sensitiviti mana-mana pihak. Oleh itu, suami saya bersikap ‘protective’ dan jadi orang pertama yang kritik jika gambar itu kurang sesuai.

“Nasihat dan kritikan yang diberikan suami, saya ambil sebagai panduan demi perkembangan kerjaya. Dia juga menyarankan kepada saya untuk mengubah cara mengacara dengan mengurangkan sikap kebudak-budakan bersesuaian dengan kematangan usia,” jelas penyanyi itu kepada akhbar tersebut.

11261689_1526833857616619_1508943887_n

12383556_719579868177485_1794007740_n

Selain itu, selebriti ini juga pernah dituduh terlalu obses terhadap pasangannya itu, namun dinafikan dakwaan itu dengan menyatakan ianya sekadar perkongsian moment indah bersama insan tersayang dengan peminat selepas mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang komen atau cemuhan di laman sosial sehingga memerlukan saya menyekat mereka. Kebanyakannya memberi kata-kata positif dan mendoakan yang terbaik buat kami.

“Bukannya saya terlalu obses dengan suami tetapi sebelum ini perkongsian saya sekadar pandangan sisi saja. Saya tidak pernah memuat naik gambar suami sebelum berkahwin dan memilih untuk berkongsi kehidupan kami selepas sah bergelar suami isteri,” katanya lagi.

Perkembangan terbaru artis ini, dia sedang diat mempromosikan single terbarunya berjudul Sudah Ku Temui ditujukan khas buat suami tercinta. Menariknya tentang lagu ini, ianya hasil ciptaan Marsha sepenuhnya.

Disini kami kongsikan video klip lagu terbaru Marsha itu, semoga terhibur… sweet ngat… -MYNEWSHUB.CC

Tags: Marsha Milanmedia sosialsingle baru
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd