• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Pantau 1,000 Akaun Facebook Babitkan Kumpulan Pengganas

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini telah memantau 1,000 akaun Facebook membabitkan kumpulan pengganas yang menyebarkan ideologi mereka dan merekrut anggota baharu.

Timbalan Menterinya Masir Kujat berkata kementerian turut memantau 100 akaun twitter serta 50 laman web dan blog yang menjalankan aktiviti yang sama.

“Kumpulan pengganas ini menjadikan media sosial sebagai pilihan untuk menarik minat dan mempengaruhi golongan belia dengan ideologi mereka.

“Malah, berdasarkan trend semasa, golongan sasar bagi kumpulan ini adalah golongan belia yang rata-rata mahir dalam penggunaan media sosial,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta kementerian menyatakan statistik jenayah siber yang melibatkan keganasan dan ekstremisme yang ada hubung kait dengan kumpulan Daesh dan Al-Qaeda semenjak lima tahun lepas.

Menurut Masir, kumpulan pengganas ini melakukan jenayah siber dengan menyebarkan propaganda ideologi yang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

Katanya antara langkah yang diambil bagi membendung kumpulan pengganas ini termasuk mengadakan pelbagai program penerangan mengenai ancaman keganasan di pelbagai peringkat.

“Agensi penguat kuasa seperti polis, Jabatan Penjara dan badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama memberikan pencerahan mengenai ancaman kumpulan pengganas ini dengan mengadakan ceramah menerusi program di sekolah, kolej dan universiti serta program umum seperti ‘Belia Tolak Keganasan’,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Zaim mengenai langkah yang diambil bagi menghalang rakyat Malaysia daripada direkrut kumpulan pengganas, Masir berkata KDN telah melakukan pelbagai tindakan termasuk menahan mereka yang dikenal pasti terbabit dalam kumpulan itu.

“Mengikut statistik tangkapan Daesh di Malaysia dari 2013 hingga Mac 2016, seramai 177 orang ditangkap dan tindakan telah diambil mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA),” katanya. – BERNAMA

Tags: KDNpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd