• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,121 Permohonan Kahwin Bawah Umur Tahun Lalu – KPWKM

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 827 permohonan perkahwinan di bawah umur 16 tahun bagi masyarakat Islam direkodkan tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata Majlis Istiadat Sarawak pula merekodkan sebanyak 294 permohonan bagi tahun yang sama.

“Perkahwinan bagi bukan Muslim di bawah umur 16 tahun adalah tidak sah berdasarkan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) mengenai jumlah perkahwinan membabitkan warganegara yang belum mencapai umur 16 tahun.

Teo juga mahu kementerian menyatakan langkah-langkah untuk melarang perkahwinan bawah umur memandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.

Rohani berkata di Malaysia, perundangan perkahwinan adalah di bawah undang-undang keluarga ditadbir secara berasingan bagi yang beragama Islam dan bukan Islam.

“Perkahwinan Islam ditadbir di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri yang memperuntukkan bahawa perkahwinan di bawah umur 16 tahun hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.

“Bagi yang bukan beragama Islam, Seksyen 10 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 memperuntukkan bahawa umur minimum perkahwinan pada 18 tahun. Bagaimanapun seorang perempuan yang telah mencapai umur 16 tahun boleh berkahwin dengan kebenaran (lesen) yang diberikan oleh Ketua Menteri,” katanya.

Katanya perkahwinan adat pula dilaksana dan didaftarkan di bawah undang-undang adat mengikut kaum peribumi masing-masing di Sarawak dan Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 di Sabah.

Sementara itu, Rohani berkata KPWKM mengambil pendirian bahawa kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.

Oleh itu katanya, beberapa langkah diambil untuk menangani perkahwinan bawah umur termasuk mewujudkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Kebangsaan, penubuhan pasukan pertugas Perkahwinan Bawah Umur serta pewujudan pusat remaja kafe@TEEN di seluruh negara bagi memberikan maklumat berkaitan isu psikososial dan kaunseling. – BERNAMA

Tags: KPWKMperkahwinanRohani Abdul Karim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

19/11/2025
0

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam...

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd