JIKA selebriti seperti Kim Kardashian lebih selesa berbogel bagi meraikan jumlah pengikutnya yang semakin meningkat di laman sosial Instagram, isteri penyanyi Justin Timberlake, pelakon Jessica Biel ada cara yang lebih bertamadun dalam meraikan perkara seperti itu.
Kim K Kongsi Gambar Menggoda Rai 27 Juta Pengikut Di Instagram
Jessica yang telah genap meraih sebanyak sejuta pengikut di IG semalam, meraikannya dengan membakar kek dan kemudiannya kek itu ditekapkan ke mukanya sendiri.
Pelakon gred A Hollywood itu kemudiannya telah memuat naik gambar lucunya itu dan pantas meraih likes lebih daripada 31,000.
Lepas ini kita tengok pula apa yang bakal dilakukan selebriti sama ada dari dalam mahu pun luar negara apabila jumlah pengikut mereka genap mencecah jutaan pengikut.
Adakah mereka lebih tertarik untuk bertelanjang bulat seperti Kim atau pun buat sesuatu yang lucu dan kool seperti Jessica? – MYNEWSHUB.CC

