• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahan Isteri, Paksa Pandu Kereta Berisi Bom

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YALA – Seorang lelaki dipaksa sekumpulan individu bersenjata yang menjadikan isterinya sebagai tebusan, memandu kereta sarat dengan bahan letupan seberat 160 kilogram ke pekan Yala di wilayah bergolak selatan Thailand.

Ketua Polis Yala, Mejar Jeneral Polis Ittipon Achariapradit berkata, kereta itu gagal diletupkan selepas lelaki berkenaan, Nai Sunan Thongnet, 53, memaklumkan kepada polis mengenai bom berkenaan dalam kejadian pada 10 pagi semalam.

“Polis mengosongkan kawasan sekeliling dan pemeriksaan terhadap kereta itu mendapati dua tong gas berisi bahan letupan seberat 160kg sedia untuk diletupkan menggunakan walkie-talkie,” katanya di sini.

Beliau berkata, Nai Sunan diculik sekumpulan lapan individu lengkap bersenjata ketika memandu kereta bersama isterinya Renu Jitban, 61, di Nikom Kelong petang semalam.

Menurut Ittipon, mereka memaksa lelaki itu memandu kereta sarat dengan bom itu ke pekan Yala pagi ini dan mengancam mencederakan isterinya yang dijadikan tebusan jika gagal berbuat demikian.

Menurutmnya, sejurus selepas Nai Sunan memandu kereta itu ke pekan Yala, isterinya dibebaskan tanpa diapa-apakan.

Beliau berkata, lelaki terbabit meletakkan keretanya di depan pusat pameran kereta sebelum lari mendapatkan anggota keselamatan memaklumkan mengenai bom itu.

“Pasukan pemusnah bom mengambil masa dua jam untuk mematikan bom dalam kereta itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: letupan bomSelatan Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

02/09/2024
0

PATTANI - Sebanyak 20,000 pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht...

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd