• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beg Komputer Riba ‘Masa Depan’ Dengan Power Bank Terbina

oleh AK-47
06/04/2016
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, kami ada menyiarkan artikel mengenai sebuah beg galas pintar khas yang mampu mengecas sejumlah peranti, sama seperti kegunaan powerbank.

Digelar iBackPack, beg serba pintar tersebut mendapat sambutan menggalakkan dipasaran di mana reviu yang diperoleh daripada pengguna khususnya di eropah adalah begitu baik.

iBackPack: Beg Pintar Dengan GPS, WiFi Dan Power Bank Terbina

Kini, sebuah lagi projek dana daripada laman Kickstarter kembali membawakan inovasi sebuah beg pintar.

Lifepack ialah sebuah lagi beg galas yang direka khas bagi memastikan anda sentiasa berhubung dengan dunia atas talian.

Dengan teknologi pengecasan berkuasa solar, beg ‘masa depan’ ini turut mempunyai ruang khas tahan hentakan dan menggunakan bahan kalis air bagi memastikan keselamatan barangan elektronik anda.

Lifepack-1

Terdapat sebuah power bank terbina yang dicas semula menggunakan panel solar pada panel hadapan beg.

Power bank ini mampu mengecas sebuah iPhone sebanyak 12 kali.

Selain daripada itu terdapat juga ruangan simpanan khas untuk passport dan barangan peribadi.

Setiap zip boleh dikunci bagi mengelakkan kecurian dan mempunyai fungsi sekunder sebagai sebuah pembuka botol.

Akhir sekali kabel keselamatan disertakan yang membolehkan Lifepack dikunci kepada objek lain bagi menyukarkannya diragut.

Beg ini masih mengumpul dana untuk penghasilan secara meluas dan dijual pada harga bermula dari AS$125 sebuah.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Kickstarter

Tags: kreatifTeknologi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Separuh Pekerjaan Di Malaysia Bakal ‘Pupus’

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang. Ahli...

Malaysia Bangunkan 2 Teknologi Kesan Virus Covid-19

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang membangunkan dua teknologi menerusi universiti tempatan yang dibiayai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd