• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Benjy Bebas Tuduhan Miliki Dadah

oleh AK-47
05/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pelakon, Benjy dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar sebentar tadi atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.

Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dituduh memiliki dadah berkenaan Mac tahun lalu.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie’ terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffuddin, 29, yang juga orang kena tuduh pertama diperintah membela diri atas pertuduhan yang sama selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesnya.

Mengikut pertuduhan, Benjy bersama Raja Shariff Hidayatullah didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada kira-kira 1.40 pagi 23 Mac tahun lalu ketika sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar, di sini.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Muhammad Hidayat turut menetapkan 3 dan 5 Mei ini sebagai tarikh Raja Shariff Hidayatullah untuk membela diri. - Berita Harian

Tags: benjymyArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd