• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenali 3 Syarikat ‘Hantu’ Bida Majukan Taman Manggis

oleh
05/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MISTERI tiga syarikat yang pernah bersaing dengan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) konon bagi memajukan tanah fasa dua Projek Perumahan Rakyat di Taman Manggis, George Town semakin menarik.

Pendedahan terbaharu Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membuktikan ada sesuatu tidak kena mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dalam isu tersebut yang berjaya disorok kerajaan negeri.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pernah memaklumkan mengenai penjualan Taman Manggis kepada KLIDC , hanya tiga syarikat mengemukakan cadangan permohonan melalui tender pada 10 Ogos 2009.

Kononnya cuma tiga buah syarikat bersetuju mengambil bahagian kerana sekatan yang ketat oleh kerajaan Pulau Pinang bahawa mereka yang turut serta mesti ada pengalaman dalam menjalankan pusat perubatan pakar.

Mereka ialah United Overseas Empire Sdn. Bhd., GM HealthCare Sdn. Bhd. dan KLIDC Sdn. Bhd. Bagaimanapun, proses penjualan dibatalkan pada 10 September 2009 kerana tiada syarikat hadir untuk melawat laman sesawang rasmi.

Ia sekaligus melanggar peraturan perolehan. Pada 16 Februati 2010, permohonan kali kedua pula disertai empat syarikat termasuk tiga yang pernah memohon sebelum ini selain Ranting Setia Sdn. Bhd. (calon baharu)

Seperti semua tahu, KLIDC yang akhirnya berjaya memenangi tender tersebut adalah syarikat yang secara kebetulan, majoriti saham adalah dimiliki oleh bos Phang Li Khoon iaitu Datuk Tang Yong Chew.

Li Khoon pula ialah pemilik asal banglo No.25, Jalan Pinhorn yang kemudian dibeli Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan harga RM2.8 juta – di bawah harga pasaran yang dianggarkan bernilai kira-kira RM6 juta.

taman manggis

Adakah tiga syarikat lain yang mengambil bahagian itu mempunyai sebarang pengalaman dalam menjalankan pusat perubatan pakar dan mempunyai kewangan yang mencukupi?

United Overseas Empire Sdn. Bhd.:
– Menakjubkan digabungkan dua hari selepas cadangan permohonan atau RFP yang pertama telah dipanggil dan sempat turut serta.

– Syarikat ini seolah-olah tidak aktif selepas menyertai tender dengan sifar pendapatan bagi tahun kewangan 2010 dan tidak pernah dikemukakan lagi laporan kepada SSM sejak itu selama enam tahun.

– Status syarikat kini secara rasmi disenaraikan sebagai dibubarkan.

GM HealthCare Sdn. Bhd.:
– Syarikat telah muflis sejak Jun 2009 dengan nilai aset negatif dan tidak pernah menyerahkan sebarang laporan kewangan yang lebih sejak tahun 2010 untuk ENAM tahun.

– Penerima telah dilantik pada tahun 2011 dan ia kini digulung. Status syarikat kini secara rasmi disenaraikan sebagai PENGGULUNGAN.

Ranting Setia Sdn. Bhd.:
– Syarikat itu seolah-olah menjadi tidak aktif sekarang atau sekurang-kurangnya belum mengemukakan sebarang laporan kewangan kepada pihak SSM sejak tahun 2009.

– Malah, keputusan kewangan rasmi terakhir mereka adalah untuk tahun 2008 sekali gus atas kertas boleh dianggap sebagai sudah lama terbubar.

taman_manggis1

Tentu kelihatan aneh bahawa selepas menyertai RFP untuk Taman Manggis, ketiga-tiga buah syarikat tersebut tiba-tiba boleh pula gagal untuk meneruskan operasi mereka dan mengemukakan akaun masing-masing.

Tambah Cheng Guan, adalah sesuatu yang menghairankan apabila ketiga-tiga syarikat terbabit gagal meneruskan operasi mereka dan mengemukakan penyata kewangannya selepas menyertai ‘tender yang cukup ketat’ itu.

Beliau secara sinis mendakwa, ia mungkin faktor feng sui tidak baik tiga syarikat itu mengemukakan RFP bidaan tersebut sebagaimana kata Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok me­ngaitkan harga banglo murah dibeli Guan Eng.

“Hanya KLIDC melepasi proses tender itu namun syarikat itu yang peroleh pendapatan jutaan ringgit pada 2010 dan 2011, tiba-tiba menjunam langsung kepada kosong bagi penyata kewangan terkini,” tambah Cheng Guan.

Justeru, adalah tentu lebih meragukan apabila Guan Eng sendiri pula tiba-tiba boleh dengan yakin berkata bahawa proses tender untuk Taman Manggis konon telah berjaya dijalankan secara telus dan terbuka.

Ini tidak mengambil kira mengenai harga jualan RM11 juta – jauh lebih rendah daripada RM22 juta yang pernah ditawarkan oleh Barisan Nasional bagi ‘menyelamatkan’ tanah yang sepatutnya dibina rumah rakyat miskin.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KLIDCLim Guan EngTaman Manggis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd