DI SEBALIK wajah riang dan senyuman seorang pelajar sekolah yang tidak didedahkan namanya, siapa sangka tersembunyi kisah sedih yang sangat menyentuh hati kerana dia sering dilayan dengan zalim oleh ibu tirinya.
Sewaktu kanak-kanak lain sedang bergembira bersama-sama keluarga dan sahabat, pelajar ini, (Anas, bukan nama sebenar)  rupa-rupanya terpaksa melakukan kerja-kerja di rumah tanpa sebarang bantuan.


Kisah benar diceritakan oleh guru yang mengajar di sekolah yang sama dengan pelajar malang ini sangat menyayat hati kerana Anas sering didera melakukan kerja rumah dan dipukul separuh mati.
Bapa Anas jarang berada di rumah kerana terpaksa mencari nafkah untuk menampung 6 orang adik beradik. Dan ini menyebabkan ibu tirinya bertindak sedemikian tanpa sebarang kawalan.
Wang biasiswa yang diterima oleh Anas untuk pengajiannya  juga dirampas dan digunakan ibu tirinya atas tujuan peribadi serta langsung tidak memberikan bantuan pembelajaran kepada pelajar ini.
Anas kelihatan gembira dan lega apabila bapa dan ibu tirinya bercerai, derita yang ditanggung akhirnya berakhir. Dia boleh menjalani kehidupan yang tenang selepas perceraian itu berlaku.
Anas kemudian mendapat tempat di asrama sekolahnya, dan apabila ditanya tentang keperluan dirinya oleh cikgu ini, ternyata keperluan harian seperti baju sekolah dan beg sekolah juga tidak mencukupi.
Dia menceritakan bahawa ibu tirinya tidak membawanya membeli barangan keperluan sudah lama, ketika musim perayaan juga dia terpaksa memakai baju-baju yang sudah usang.




Luahan sayu guru ini telah mendapat respons yang positif daripada netizen, dan ramai juga yang ingin menyumbangkan bantuan kepada pelajar malang tersebut. – MYNEWSHUB.CC




