• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Hubung Interpol Mengenai Penahanan Keldai Dadah Warga Malaysia

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat dakwaan berhubung laporan penahanan 10 keldai dadah warga Malaysia yang ditahan di beberapa buah negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menghubungi Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Laporan itu belum dapat disahkan…kami masih berhubung dengan rakan Interpol kami,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Isnin malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah stesen televisyen tempatan malam ini mengenai penahanan 10 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa keldai dadah di luar negara.

Dua daripada mereka masing-masing ditahan di China dan Kanada, manakala tiga lagi dikatakan memohon perlindungan di Kedutaan Besar Malaysia di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) setelah berjaya melarikan diri.

Laporan itu menyebut ketiga-tiga mereka dibawa pulang ke tanah air pagi tadi dan mereka dipercayai menggunakan pasport yang dibuat pada hari sama iaitu pada 21 Mac lalu.

Sementara itu, nasib lima lagi rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket antarabangsa itu masih belum diketahui.

Berdasarkan maklumat diperolehi, kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 30 Mac lalu ke beberapa negara. – BERNAMA

Tags: Interpolkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanam Bayi Di Parkir Berlantai Simen: Polis Akan Minta Bantuan INTERPOL

Tanam Bayi Di Parkir Berlantai Simen: Polis Akan Minta Bantuan INTERPOL

09/09/2024
0

IPOH : Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi menjejaki dan menahan suspek warga Indonesia berhubung...

Kes Zayn Rayyan: Polis Minta Bantuan INTERPOL

Kes Zayn Rayyan: Polis Minta Bantuan INTERPOL

23/12/2023
0

GOMBAK : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd