• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Kompromi Pencerobohan Nelayan Asing

oleh Ahmad Albab
03/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kehadiran beratus-ratus kapal dari Vietnam dan China yang cuba menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata, untuk itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan dikerah bagi mengawal ZEE dengan lebih ketat, memandangkan ramai nelayan asing kini tertumpu pada zon tersebut disebabkan musim ikan tuna.

“Memandangkan situasi yang wujud kini agak kurang menyenangkan, pihak kerajaan akan tetap mengusir siapa sahaja yang cuba mendekati kawasan itu dan kita akan bersikap adil kepada nelayan tempatan untuk meningkatkan lagi ruang rezeki mereka.

“Nelayan khususnya yang berpangkalan di pantai-pantai Sarawak jangan melepaskan peluang yang cuba direbut nelayan negara lain dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif itu,” katanya kepada Bernama selepas majlis perjumpaan dengan anggota UMNO Bahagian Arau di Kem Bina Negara di sini hari ini.

Semalam dalam kira-kira 4.54 petang di Laut China Selatan, kapal peronda APMM KD Adil yang cuba mengusir bot nelayan asing dilaporkan mengalami sedikit kerosakan akibat dilanggar bot nelayan yang cuba melarikan diri. – BERNAMA

Tags: NelayanShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd